Ebit Lew menghabiskan masanya di Brazil dengan menghantar bantuan dan menziarah kawasan-kawasan yang terdapat di sana. Melalui catatan di Instagram miliknya, Ebit Lew sudah berada di Brazil sejak 1 Disember yang lalu.

Apa yang menjadi perhatian adalah hantaran terbaharu Ebit Lew yang dikatakan berjumpa dengan salah satu ketua kawasan di Brazil. Melalui gambar tersebut, Ebit Lew menyatakan bahawa dia dilayan dengan baik oleh ketua kawasan yang dikatakan mempunyai peribadi seperti mafia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ziarah ketua kawasan satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paolo Brazil.. Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ. Terasa macam dah lama kenal,” katanya di laman Instagram beliau.

“Baik sangat ketuanya walau orang kata macam mafia. Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami. Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut. Terima kasih kerana datang beri bantuan pada kami. Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan. Semoga hidup mereka dimudahkan dan sentiasa diberi kebaikan.”

Sebelum itu, Ebit Lew turut berkongsi video lawatan ke kawasan gelandangan di Brazil. Daripada video yang dikongsi, kelihatan ibu kota Brazil itu sudah menjadi sebahagian daripada perkampungan gelandangan dengan orang ramai membina rumah mereka dengan menggunakan plastik atau kotak.

Ebit Lew umum berjaya jejak kaki ke Gaza diiringi kereta berperisai tentera Mesir. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ebit Lew Umum Berjaya Jejak Kaki Ke Gaza Diiringi Kereta Berperisai Tentera Mesir

Lelaki Ini Kongsi Cerita Penuh Caprice vs Ustaz Ebit Lew Yang Telah Diringkaskan

Ebit Lew Jawab 10 Dakwaan Yang Dibuat Caprice Dan Nadir Al-Nuri Secara ‘Live’