Sejak semalam tular gambar selepas kemalangan- yang memaparkan seorang lelaki terduduk di sisi mangsa kemalangan di Jalan Bukit Katil , Melaka sambil diawasi polis trafik.

Gambar tersebut sebelum ini bukan sahaja membuatkan orang ramai terasa sayu dan hiba tetapi turut meninggalkan persoalan dalam kalangan orang ramai- apakah sebenarnya yang berlaku ketika itu?

Menurut laporan Utusan Malaysia, lelaki yang sedang duduk bersebelahan mangsa dan motosikal itu adalah Roslan Ramlan, 54 bapa mentua kepada mangsa kemalangan berkenaan, Muhammad Zulhilmi Razali, 26.

“Walaupun saya tahu dia telah meninggal dunia, mulut saya tetap mahu mengajarkan dua kalimah syahadah selepas duduk bersila di sisinya, selain bacaan ayat suci al-Quran,” katanya.

Keluar bersama-sama

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian berkenaan, Roslan berkata menantunya tinggal bersama mereka dan sebelum kejadian pagi semalam mereka telah keluar dari rumah bersama-sama dengan menggunakan motosikal masing-masing.

“Saya berada di belakang dia dan merancang berhenti singgah di kedai berdekatan untuk bersarapan, namun mungkin Allah telah gerakkan hati untuk membatalkan niat itu dan meneruskan perjalanan.

“Kira-kira lima minit selepas itu saya ternampak kemalangan dan berhenti untuk melihat keadaan mangsa dan sangat terkejut apabila melihat mangsa yang terlibat adalah menantu saya sendiri,” katanya

Kemalangan itu mengakibatkan mangsa Muhammad Zulhilmi meninggal dunia selepas motosikal yang dinaikinya bahagian hadapan sebuah Perodua Myvi dipandu wanita berusia 38 tahun pagi semalam.

Baca juga perkongsian kami daripada lelaki ini yang tular selepas keretanya diekori Myvi ketika melalui plaza tol baru-baru ini melalui pautan di bawah. 

Diekori Myvi Elak Bayar Tol, Lelaki Ini Kongsi Detik-Detik Sebelum Kejadian Di LPT

Bukan Satu Tetapi Dua Kemalangan Berpunca Daripada Perodua Kelisa Melawan Arus

‘Prank’ Jahanamkan Proton Iswara Rakan Demi Konten, YouTuber Ini Terima Respon Pelbagai Netizen