Semalam, tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter mendakwa Da’i Syed telah membawa pulang dan merogol seorang gadis. Menurut pengguna Twitter itu juga, bukan sahaja kawan baiknya menjadi mangsa tetapi ramai gadis juga pernah menjadi mangsa.

https://twitter.com/kucingslayer/status/1331099401347948545

https://twitter.com/kucingslayer/status/1331099425863729153

Pengguna Twitter tersebut turut mendedahkan beberapa ‘screenshot’ daripada individu lain yang mendakwa telah menjadi mangsa kepada Da’i Syed. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan ramai tidak menyangka kelakuan Da’i Syed seperti itu serta mahu mangsa membuat laporan polis.

Lantaran perkongsian tersebut, Da’i Syed dikhabarkan telah membuat laporan polis dan masih tiada kenyataan diberikan oleh pihaknya. Susulan isu yang hangat diperkatakan ini, bapa kepada Da’i Syed iaitu Seif Jamalullail tampil buka mulut di Facebook miliknya.

Menerusi perkongsian Seif Jamalullail, beliau telah memberikan didikan terbaik kepada anaknya sejak kecil seperti disarankan dalam agama Islam. Isu ini sudah lama tetapi viral kembali dan beliau pernah memberikan nasihat serta menegur anaknya sebelum terputus hubungan 2 tahun lalu.

Tambahnya, keluarga beliau turut terkena tempias akan isu tersebut dan adik beradik Da’i Syed tertekan kerana menerima soalan berunsur sindiran serta ejekan daripada rakan sekolah.

Beliau turut menasihatkan kepada mangsa jika dakwaan tersebut benar untuk tampil membuat laporan polis agar anaknya diadili di dunia ini. Malah, beliau memberikan nasihat kepada anaknya supaya tidak menggunakan agama Islam sebagai ‘topeng’ untuk menyembunyikan kegiatan ‘jahat’ yang dilakukan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Kes COVID-19 Warga Asing Naik Mendadak, Rakyat Malaysia Mahu Top Glove Bertanggungjawab

Alif Satar Sah Positif COVID-19, Rakan Selebriti Bertindak Pantas Jalani Ujian Saringan

Sumber