Kemelut rumah tangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah menjadi perhatian orang ramai terutama sekali apabila Syamsul disahkan telah mengahwini ‘orang ketiga’ dalam hubungan mereka iaitu Ira Kazar.

Susulan itu, kisah rumah tangga Abby Abadi dengan bekas suami iaitu Norman Hakim telah dijadikan contoh segelintir netizen apabila munculnya isu rumah tangga dalam kalangan selebriti yang berkaitan dengan orang ketiga sehingga mendatangkan fitnah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@abbyabadi112/video/7186063905762872602?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594

Oleh itu, Abby berasa kesal kerana sering menjadi mangsa apabila munculnya isu seperti ini dan dia tidak mahu berdiam diri serta menjawab tohmahan netizen di TikTok miliknya. Menurutnya, dia tidak pernah menyerang mana-mana pihak kerana pada ketika itu dia tidak tahu siapa yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

“Yang kata saya serang bekas suami dekat lokasi penggambaran, saya mencari sahaja sebab dah lama tak jumpa dan mahukan penjelasan. Tak ada bawa senjata apa pun.

“Dan bila jumpa orang kata saya marah-marah, nangis-nangis dah tu? Takkan saya nak seronok kalau ex tak balik-balik dan sampai nak bercerai bagai.” ujar Abby.

Malah, Abby juga meminta netizen untuk berhenti membuat sebarang andaian mahupun spekulasi berhubung insiden tersebut yang kini sudah menjadi sejarah dalam hidupnya. Tambahnya, sehingga ke hari ini dia masih menyimpan banyak perkara seorang diri tanpa pengetahuan keluarga.