Sejak malam semalam, kecoh di media sosial mengenai ciapan-ciapan lama oleh akaun Twitter milik Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia yang sedikit meragukan dan melucukan.

Bagaimanapun, tatkala orang ramai sibuk membicarakan siapa benar dan siapa salah dalam isu berkenaan, nama bekas menteri Syed Saddiq Abdul Rahman pula yang menjadi perhatian pagi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia susulan satu meme yang dihasilkan dan digabungkan daripada salah satu ciapan oleh akaun MCMC itu yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang individu botak.

AnyConv.com__Eri0d2UWMAE91Ax
Meme yang dgabungkan daripada ciapan MCMC dan juga gambar terkini Syed Saddiq

Poster atau meme berkenaan mengandungi ciapan yang meluahkan kemarahan pemilik akaun berkenaan kepada seorang yang berkepala botak.

Tidak menunggu lama, netizen kemudiannya ‘membuat kerja’ mereka dan terus menghasilkan meme yang menggunakan kata-kata kemarahan itu bersama gambar beliau.

Menyedari beliau dijadikan meme, Syed Saddiq pada pagi ini kemudiannya mengulang kicau (retweet) ciapan berkenaan di akaun Twitternya.

Beliau bagaimanapun bukanlah memarahi individu yang menghasilkan meme tersebut namun hanya meluahkan perasaan seperti sedih dengan menggunakan emoji seperti di bawah.

Terdahulu, ciapan-ciapan ‘silam’ oleh akaun SKMM yang mempunyai tanda pengesahan (verification check) daripada pihak Twitter itu mula dikongsikan selepas mereka memberikan peringatan dalam satu kenyataan mengenai perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan.

Susulan daripada perkongsian peringatan berkenaan, para netizen kemudiannya berkongsikan kembali ciapan-ciapan yang dibuat akaun itu beberapa tahun sebelum ini.

https://twitter.com/InjangNation/status/1348978286253154304?s=20

Buat anda yang tertanya-tanya bagaimana akaun berkenaan boleh melakukan ciapan sedemikian rupa, ianya seperti dilaporkan BuzzKini adalah kerana akaun yang digunakan kementerian berkenaan adalah milik salah seorang pengguna lain sebelum ini dan mereka kemudiannya mengambil alih akaun berkenaan.

Tetapi apa yang malangnya ciapan-ciapan daripada pemilik lama itu tidak dipadam. Namun MCMC dalam satu kenyataan menafikan perkara berkenaan dan ‘memaklumkan bahawa akaun Twitter rasmi Suruhanjaya
@SKMM_MCMC telah diceroboh oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab’.

Baca juga perkongsian kami mengenai reaksi netizen selepas ahli parlimen Ahmad Maslan dikatakan berlakon ketika memberikan bantuan banjir sebelum ini melalui pautan di bawah.

‘Habis Darurat Belum Tentu Siap’- Telatah Ahmad Maslan Cuci Banjir Buat Netizen Terhibur

Pegang Pisang Goreng Tanpa Pengepit, Tindakan WAF Buat ‘Tuan Kedai’ Terkejut

‘Tweet’ Silam Kembali Tular, MCMC Padam Akaun Rasmi Di Twitter

Sumber