Kita semua tahu seberapa besar pengaruh yang ada pada idol Korea lagi-lagi ke atas peminat mereka. Dari mereka dibayar untuk memperagakan sesuatu atau memang menggunakannya sebagai barangan harian, pastinya barangan tersebut akan laris seminit selepas para peminat tahu ‘kewujudan’ barangan tersebut.

Lagi tinggi populariti seseorang idol itu, lagi cepatlah barangan tersebut hilang dipasaran. Harini kami akan kongsikan senarai 10 idol Korea yang sangat berpengaruh sampaikan apa sahaja yang mereka gunakan pasti akan habis disapu peminat.

1. Jung-kook BTS

jungkook-laundry-fairy

SUMBER: BTS DIGEST

Kumpulan BTS memang merupakan diantara kumpulan K-Pop yang terkenal pada ketika ini dan setiap ahli kumpulan mereka tentunya mempunyai pengaruh mereka sendiri. Contohnya seperti Jeon Jung-kook yang secara tidak sengaja telah menyebabkan pelembut fabrik Downy Adorable disapu licin dari pasaran oleh peminatnya.

Pada Januari tahun lalu, ahli termuda kumpulan tersebut sedang berborak di laman fan cafe kumpulan tersebut dan beliau menjawab pertanyaan seorang peminatnya yang ingin tahu tentang produk apa yang sering digunakan idol itu. Sebaik sahaja Jung-kook memberitahu tentang pelembut fabrik kesukaannya, terus sahaja produk tersebut laris di pasaran sehinggakan idol tersebut juga tidak dapat membelinya!

2. Jennie BlackPink

jennie_red

SAMSUNG EDISI ‘JENNIE RED’. SUMBER: POCKETNOW

Kalau BTS merupakan kumpulan idol lelaki paling terkenal pada masa kini, BlackPink pula adalah diantara kumpulan idol wanita yang terkenal. Tidak dinafikan, kesemua ahli kumpulan ini mempunyai pengaruh yang kuat. Kalau tidak, pastinya mereka tidak dipilih sebagai duta kepada jenama high end.

Jennie merupakan diantara ahli kumpulan yang mempunyai pengaruh yang besar. Apa sahaja yang dipakainya pasti akan laku laris. Melihat kepada pengaruh yang ada pada Jennie, tidak hairanlah kenapa Samsung keluarkan telefon pintar S20+ edisi ‘Jennie Red’!

3. G-Dragon Big Bang

gdragonnike

KOLABORASI G-DRAGON BERSAMA NIKE. SUMBER: SBS

Rapper dan ketua kumpulan kepada Big Bang ini memang dikenali sebagai seorang ikon fesyen. Sama seperti Jennie, apa sahaja yang dipakai beliau pastinya akan menjadi ikutan para peminat.

G-Dragon pernah memuat naik gambar kasut Vans beliau dan gambar tersebut ternyata membuat para fashionista terus menyerbu kedai Vans berdekatan dan laman sesawang Vans untuk membeli kasut yang sama. Selain dari itu, kasut hasil kolaborasi beliau dengan Nike juga cepat sahaja disambar peminat.

4. Hwasa MAMAMOO

maxresdefault

HWASA DALAM SIRI ‘I LIVE ALONE’. SUMBER: YOUTUBE KOCOWA TV

Pernah kecoh di Korea apabila bahan-bahan untuk membuat gopchang (usus kecil) habis di restoran-restoran di Korea Selatan sampai restoran-restoran tersebut terpaksa tutup kedai awal kerana penangan ahli kumpulan termuda MAMAMOO ini. Selepas episod Hwasa dalam siri I Live Alone yang memaparkan beliau makan gopchang disiarkan, ramai yang menonton jadi terliur melihat idol tersebut makan dengan penuh berselera.

Pengaruhnya terlalu kuat sampaikan hampir semua restoran yang menjual gopchang diserbu peminat. Hari ini, apa sahaja yang dimakan idol tersebut, pasti akan laku laris! Kalau anda cuba search nama idol ini di YouTube, pasti carian ‘Hwasa eating’  atau ‘Hwasa eating show’ akan ada paling atas.

5. Suzy

documentTitle_2048380831560824007163

SUMBER: KPOPPING

Suzy turut juga dikenali sebagai ‘Ratu CF’ di Korea kerana wajahnya sering sahaja menghiasi iklan-iklan di Korea. Pernah satu ketika, idol ini secara tidak sengaja telah mempopularkan lipstik dari jenama Mac.

Kisahnya, lipstik yang dipakai oleh idol itu dalam sesi photoshoot untuk sebuah magazine telah menarik perhatian peminat. Ekoran dari itu, lipstik yang dikenalpasti sebagai lipstik Mac berwarna ‘Chilli’ tersebut dibeli oleh peminat-peminatnya. Walaupun tidak dijual di Korea, mereka semua tetap sanggup untuk membelinya.

6. Irene Red Velvet

1ce7d400-172d-11eb-8f67-a484f6db61a1_image_hires_183648

SUMBER: SOUTH CHINA MORNING POST

Si cantik ini pasti akan membuat sesiapa sahaja terpegun ketika melihatnya. Bukan kecantikannya sahaja yang selalu dikagumi, setiap barangan yang beliau peragakan juga sering mendapat perhatian ramai sehinggakan rakyat Korea memanggil barangan yang laku oleh Irene sebagai ‘Irene Effect’.

7. Xiumin EXO

d45c8340-2d64-11eb-be20-200ca6256645_image_hires_184642

SUMBER: SOUTH CHINA MORNING POST

Sama seperti BTS, kumpulan EXO turut juga mempunyai peminat yang luar biasa ramai. Pernah satu ketika ahli kumpulan EXO ini dilihat memakan roti mocha dalam Hot Moment XOXO EXO. 

Aksi comel Xiumin yang memakan roti tersebut seterusnya telah menimbulkan ‘krisis roti mocha’ sampai namanya bersama roti tersebut menjadi trending di portal Korea. Tidak cukup dengan itu, para peminat juga turut membuat ulang tahun kisah roti mocha ini dengan memborong roti mocha pada setiap tahun.

8. Yoon-Ah Girls Generation

YOONA_SEASONS_GREETINGS_2020_A4_Poster_GGPM-Scan02_Preview

SUMBER: KPOPPING

Si cantik tinggi lampai ini merupakan ahli dari kumpulan K-Pop yang cukup dikenali iaitu, Girls Genration. Pernah menjadi kumpulan yang paling diminati pada satu ketika dahulu, idol ini ternyata masih berpengaruh!

Kisahnya apabila Yoona menjadi artis jemputan disebuah rancangan bertajuk Hyori’s Bed and Breakfast. Dalam episod tersebut, Yoona membuat waffle untuk sarapan pagi menggunakan mesin pembuat waffle. Tidak lama dari itu, habis mesin tersebut dijual dipasaran akibat penangan Yoona.

9. Kang Daniel

olskadafoworfs001a_1575963970

SUMBER: NST

Sebelum bekas ahli kumpulan Wanna One ini menjadi idol, beliau pernah melariskan produk ketika beliau masih seorang trainee lagi! Menerusi program Produce 101 yang ke-2, ramai peminat yang ingin tahu produk apa yang digunakan oleh idol ini dibibirnya.

Lip tint yang digunakan Daniel itu merupakan lip tint keluaran Cathy Cat. Selepas sahaja para peminat mengetahui tentang jenama dan warna yang digunakan oleh idol tersebut, lip tint tersebut terus sahaja laku dengan laris di pasaran.

10. Naeun Apink

Naeun-Adidas

SUMBER: KPOP CHART

Idol dari kumpulan Apink ini sering kali dilihat mengenakan pakaian dari jenama Adidas sehinggakan beliau digelar duta tidak rasmi buat jenama tersebut oleh pemiat-peminatnya.

Apabila jenama tersebut akhirnya mengambil Naeun sebagai duta, ramai peminat yang gembira kerana idol ini turut juga dikenali sebagai peminat tegar leggings dari jenama tersebut. Pengaruh Naeun telah membuatkan banyak barangan dari jenama tersebut habis di pasaran!

Kuat betul pengaruh idol Korea ini kan? Ada lagi idol atau pelakon yang kami terlepas pandang? Apa kata anda kongsikan bersama kami!

Katanya pelakon Seon-ho bakal digandingkan dengan Shin Min-ah dalam drama terbaharu. Klik pada pautan di bawah untuk membaca.

Pelakon Popular Kim Seon Ho Dan Shin Min Ah Bakal Digandingkan Dalam Drama Mr. Hong

Ini Sebenarnya Maksud Di Sebalik ‘Username’ Instagram Selebriti Korea Selatan

Pernah Ditipu Agensi Sebelum Jadi Bintang K-Pop Terkenal, Kisah IU Ini Pasti Buat Anda Sebak

Anda Mungkin Suka