Kuantan merupakan sebuah ibu negeri yang terbesar di belah Pantai Timur serta berada di dalam carta antara 20 ibu negeri terbesar di Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia gemar juga menjadikan Kuantan antara destinasi pilihan untuk melancong.

Bukan hanya banyak destinasi menarik tetapi terdapat pelbagai jenis makanan enak di restoran di Kuantan ini. Tidak percaya? Menerusi perkongsian pengguna Twitter @Aidillman15 ini, anda boleh food hunting di Kuantan. Ayuh ikuti perkongsiannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Jamantory, Ind Mahkota

Ebwaw6LVAAAPsEc

Jika ke Kuantan tetapi tak cuba ikan patin memang rugi. Peminat ikan patin kena cuba di sini. Boleh dikatakan restoran ini antara yang paling ‘lejen’ dan ramai yang sanggup ke Kuantan semata-mata ingin makan di sini.

EbwaxV1UMAE9bVd

2. Planet & Co Kuantan, Taman Esplanade

Ebwa_T5UwAETaN0

Kat sini ada dekat 15 pilihan chicken chop bermula dengan harga RM7 sahaja. Air pula jenis coklat meleleh pada cawan. Lokasi betul-betul tepi Sungai Kuantan. Tempat ini memang tempat kegemaran sebab makanan penuh pinggan tapi harga murah.

Ebwa–MU8AEfS8o

3. LepakLuu cafe

EbwbQvsU0AELX-c

Ini rasanya semua sudah tahu kerana boleh dikatakan ‘viral’. Memang antara port heaven makan sebab foodcourt ini banyak gerai dengan menu menarik kat sini. Suasana pun santai dengan lampu jurai dan meja banyak boleh lepak lama.

EbwbREVU8AAH6GJ

4. Watak Kopi, Jalan Besar

103934158_115879380160782_4444905907568105603_n

Nak minum kopi kampung sambil santai makan roti john cheese tarik, sini tempatnya. Memang ngam rasa semua menu kat sini. Lokasi lot kedai satu pintu, tapi deco memang wow.

89069128_549887945641745_5565112669654015922_n

5. Noha Kek, Jalan Teluk Sisek

Ebwb42IUMAAa7kF

Antara port terbaik untuk makan kek dan sambutan apa-apa event. Minuman dan makanan lain pun memang nampak ala-ala cake house. Sekeliling cafe dihiasi pokok hidup. Memang best bergambar kat sini.

Ebwb5MAU8AcJxMO

6. Kopi & Teh, Jalan Besar

https://www.instagram.com/p/CBadYilh_Pq/

Wajib cuba kopi terbalik Acheh dan nasi ayam penyet di sini. Banyak menu ringan untuk layan sambil borak. Kedai dia jenis memanjang dan ada 3 hall untuk lepak. Setiap satu hall ada deco tersendiri.

https://www.instagram.com/p/B9lOosAJ-xG/

https://www.instagram.com/p/CBxQm_BDWjo/

7. Museocafe Kuantan, Jalan Masjid

Di sini terkenal dengan menu western dan masakan panas gedabak penuh pinggan tapi harga mampu milik. Kalau tak kuat makan, siap boleh kongsi berdua. Suasana santai di kawasan berbumbung dan open air. Nak candle light dinner pun terbaik!

8. Kula Cakes, Jalan Besar

Port makan kek wajib singgah untuk semua orang kalau singgah ke Kuantan. Rasa kek dia yang ngam dan suasana tempat makan yang cantik, memang syok habis. Tapi sebab kedai dia tepi jalan susah sikit nak park tapi worth it lah.

9. Kuantan Pickers, Jalan Besar

https://www.instagram.com/p/B75p1jdpCZL/

Special kat sini roti kacang pool dan kopi Vietnam. Anda mesti cuba sambil santai- santai dengan suasana ala klasik dalam cafe. Lokasinya tepi jalan sahaja sebelum Kula Cakes. Senang nak cari.

10. White & Black Cabin, Jalan Gambang

Lokasinya depan Kolej Awam dengan konsep food court. Hampir 15 vendor ada kat sini dengan pilihan makan yang ‘havoc’. Paling best gerai masakan China Muslim. Suasana open air dengan skrin besar dan ada kawasan tingkat 1. Best lepak borak sini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda, tidaklah garu-garu kepala fikir nak makan mana di Kuantan. Macam-macam ada. Selamat food hunting di Kuantan!

Buat anda yang sudah sampai ke Kuantan, Pahang dan tidak tahu ingin ke mana, kami kongsikan beberapa artikel destinasi menarik untuk anda. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Pulau Kucing Di Pahang Ini Jadi Tarikan Terbaru Buat Peminat Kucing Di Malaysia

Lihat Reka Bentuk Masjid Kampung Baru Di Bentong Yang Moden Dan Minimalis

Karya Unik ‘Digital Artist’ Dari Pahang Ini Bakal Dipamerkan Di Itali