Masihkah anda ingat adegan-adegan lucu dalam filem 3 Idiots? Filem tersebut ditayangkan pada tahun 2009 berjaya meraih kutipan sebanyak US$90 juta dan menjadikan ia pemegang rekod filem Bollywood dengan jumlah yang banyak dalam sejarah.

Dalam adegan terakhir iaitu apabila rakan-rakan Rancho (Aamir Khan) berjumpa dengannya di Tasik Pangong, Ladakh mencuri tumpuan ramai. Mana tidaknya, pemandangannya yang cantik membuatkan ramai mahu berkunjung ke sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berjaya mencipta fenomena, Tasik Pangong tersebut dibuka kepada umum selepas kejayaan filem 3 Idiots dan menjadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

sub-buzz-24681-1479810074-1
Sumber: Buzzfeed
sub-buzz-17770-1479809749-1
Sumber: Buzzfeed
884169-17
Sumber: Buzzfeed
884169-16
Sumber: Buzzfeed

Difahamkan, kafe dan gerai menggunakan nama karakter dalam filem 3 Idiots turut dibina bagi menarik pelancong ke sana. Bukan itu sahaja, pelbagai ‘props’ seperti skuter digunakan Pia ketika bertemu Rancho dan banyak lagi.

Sejak 2009 sehingga sekarang, kedatangan pelancong kian bertambah setiap tahun. Tasik Pangong yang menjadi destinasi pilihan kini menjadi tercemar kerana kedatangan pelancong yang ramai.

sub-buzz-12285-1479814525-5
Sumber: Buzzfeed
884169-3
Sumber: Buzzfeed
884169-6
Sumber: Buzzfeed
884169-7
Sumber: Buzzfeed
884169-9
Sumber: Buzzfeed

Mana tidaknya, 20 lori diperlukan setiap hari untuk mengutip sampah sarap di Ladakh berbanding 8 lori sahaja diperlukan sebelum tempat tersebut terkenal. Pengurusan sampah di sana yang tidak terurus menjadi destinasi itu kotor dan tercemar.

Dari segi ekonomi memang destinasi tersebut akan mendapat pulangan yang lumayan tetapi jika tidak diuruskan dengan baik tempat tersebut akan musnah dan ‘dilupakan’ kelak. Apakah pendapat anda mengenai perkara ini?

Sementara itu, kami kongsikan antara destinasi yang popular selepas muncul dalam filem atau drama pada pautan di bawah ini.

Tangga Ikonik Dalam Joker Kini Jadi Lokasi Tumpuan Pelancong

11 Destinasi Drama Hotel Del Luna Yang Anda Boleh Terokai Bersama Pasangan

Sumber