Tidak mengenal siapa ibu bapa sebenar sejak kecil, kini membesar menjadi seorang gadis jelita, nama Tiara Kartika sedang menjadi bualan warganet sejak beberapa hari lalu apabila gadis tersebut dikenali sebagai ‘Anak Pontianak’.

Hal ini terjadi apabila tular beberapa video mengenai Tiara Kartika yang dimuat naik oleh saluran YouTube Karol Inoviani. Pemilik akaun YouTube itu ada berjumpa dengan Tiara Kartika yang ditemani oleh seorang wanita berumur yang dikenali sebagai ‘Nenek Nur’, individu yang membesarkan Tiara sejak bayi lagi sejak 11 tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Tiara ini ditemui oleh nenek Nur di tengah hutan ketika dia masih bayi. Selepas ditemui, dia bawa pulang dan kini Tiara sudah matang dan cantik,” kata Nenek Nur.

Persoalan mula timbul bagaimana Tiara dikenali sebagai ‘Anak Pontianak’. Menurut gadis jelita itu mendapat gelaran tersebut sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila dia diejek oleh rakan-rakannya.

“Saya hanya pergi ke sekoleh rendah sehingga darjah tiga sahaja kerana dibuli rakan-rakan dengan mengejek saya sebagai ‘Anak Pontianak’. Kata mereka, sebab pernah melihat saya dirasuk, bercakap-cakap seorang diri dan ‘menyisir rambut’ seakan-akan pontianak,” terang Tiara.

Bagaimanapun, dalam satu video Karol menegaskan bahawa Tiara adalah anak manusia biasa sama seperti orang lain. Cuma Tiara agak ‘istimewa sedikit’.

“Jadi saya tegaskan Tiara adalah anak manusia semata-mata cuma dia ada ‘penjaga’ berupa pontianak yang menjaganya sejak kecil hingga sekarang,” kata Karol.

Daripada komen-komen yang dikongsikan pada video-video di YouTube mengenai Tiara Kartika, netizen mendoakan agar gadis itu sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi.

Difahamkan ketika ini Tiara sudah kembali ke sekolah dan mengakui, rakan-rakannya tidak lagi membulinya dan berbaik semula dengan gadis itu.