Sedia maklum, Lembah Klang telah dilanda bencana banjir di mana terdapat beberapa kawasan yang lumpuh membuatkan orang ramai terputus hubungan serta gagal mendapatkan bantuan barangan keperluan.

Ketika ini, usaha menyelamat sedang giat dilaksanakan dan #DaruratBanjir telah digunakan bertujuan update keadaan semasa serta bantuan yang diperlukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, pihak Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas mengambil inisiatif untuk refund wang pelanggannya yang telah membeli tiket wayang awal tetapi terkesan disebabkan banjir. Pengumuman tersebut diberitahu oleh pihak GSC dan TGV menerusi media sosial rasmi mereka.

Bagi mana-mana individu yang terkesan boleh menghantar maklumat tiket menerusi e-mel kepada pihak GSC dan TGV. Dfahamkan, proses pemulangan semula wang boleh mengambil tempoh sehingga 14 hari waktu bekerja dan diingatkan bahawa tawaran refund ini hanya terbuka kepada mereka yang terkandas disebabkan banjir.

Pastinya inisiatif yang dilakukan dua pawagam ini sangat dihargai mereka yang terkesan banjir kerana mereka tidak dapat menonton filem walaupun pembelian tiket telah dilakukan.

Ketahui lanjut kenapa #DaruratBanjir trending di Twitter dengan klik pautan di bawah.

Terperangkap Dan Mahu Tingkatkan Capaian Bantuan, Netizen Lancarkan #DaruratBanjir Di Twitter

Bukan Lagi Banjir Kilat, Ini Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang