Kekurangan barang mentah melibatkan bekalan makanan dan minuman jelas memberi kesan kepada peningkatan harga barangan. Terbaharu, sebuah laporan telah dikeluarkan memaklumkan harga bekalan makanan dijangka meningkat sehingga 15% pasca Hari Raya ini.

Situasi yang berlaku bukan sahaja memberi kesan besar kepada pengguna, malah pengusaha restoran juga turut terkesan di mana mereka terpaksa berbelanja lebih dalam menjual makanan dan minuman mereka kepada pelanggan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
PRESIDEN PERSATUAN PENGUSAHA RESTORAN MUSLIM MALAYSIA (PRESMA), DATUK JAWAHAR ALI TAIB KHAN. SUMBER: THEVIBES

Dalam pada itu, Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, restoran mamak mengambil pendekatan berbeza apabila memaklumkan lebih 9,000 restoran mamak di seluruh negara tidak akan menaikkan harga makanan serta minuman mereka.

Difahamkan langkah ini dibuat dalam membantu masyarakat dalam berbelanja di restoran mereka bagi menyeimbang aliran perbelanjaan. Selain itu, tindakan menaikkan harga juadah dilihat sebaggai pilihan terakhir pengusaha restoran mamak sekiranya tidak dapat menanggung perbelanjaan kos operasi mereka.

Dilaporkan isu yang menjadi masalah utama buat PRESMA pada ketika ini bukanlah kenaikan harga barangan mahupun penawaran gaji RM1,500 sebaliknya kekurangan tenaga kerja sama ada dalam dan luar negara antara yang memberi kesan kepada restoran mamak untuk beroperasi 24 jam sehari.

Sebelum ini pihak PRESMA memaklumkan restoran mamak mungkin tidak lagi beroperasi 24 jam berikutan kekurangan pekerja manakala lebih 2,000 premis bakal ditutup.

Restoran Mamak 24 Jam Mungkin Tinggal Kenangan, Lebih 2,000 Premis Dilaporkan Tutup

Pelanggan Kongsi Cerita Dipukul Beberapa Pekerja Restoran Nasi Kandar Popular Di Negeri Sembilan

Khairulaming Selesa Pandu Bezza Walaupun Bisnes Catat Jualan RM7.5 Juta Tahun Lalu

Sumber