Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seperti ramai sedia maklum, akhir-akhir ini dapat dilihat peningkatan harga kos bahan melibatkan makanan dan sebagainya yang sekaligus bakal memberi kesan besar kepada pengguna. Hal ini sekaligus turut membuatkan pemilik premis makan untuk menaikkan harga makanan berikutan harga bahan yang semakin meningkat.

Terbaharu, menerusi peningkatan kos harga gandum yang meningkat, Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA) memaklumkan mungkin terpaksa naikkan harga roti canai berikutan peningkatan kos harga gandum yang tinggi meskipun sebelum pengharaman eksport dari negara India.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

PRESIDEN PERSATUAN PENGUSAHA RESTORAN MUSLIM MALAYSIA (PRESMA), DATUK JAWAHAR ALI TAIB KHAN. SUMBER: THEVIBES

Dalam pada itu, beliau memaklumkan ahli PRESMA sedang sedaya upaya mengelak daripada meningkatan harga jualan. Kerajaan Malaysia juga sebelum ini memaklumkan Malaysia mengimport sekitar 80% gandum dari Australia sekaligus membuatkan pengharaman gandum dari India tidak memberi kesan yang besar.

Setakat ini, harga roti canai dilaporkan dijual sekitar RM1.20 ke RM1.70. Diharapkan agar harga yang ditawarkan dapat dikekalkan dalam mengelakkan orang ramai terbeban dengan peningkatan harga yang semakin tinggi.

Sebelum ini pihak pengusaha restoran mamak turut memaklumkan tidak mahu menaikkan harga makanan bagi mengelakkan para pelanggan terbeban.

Mahu Elak Bebankan Pelanggan, Pengusaha Restoran Mamak Maklum Tidak Naikkan Harga Makanan

Restoran Mamak 24 Jam Mungkin Tinggal Kenangan, Lebih 2,000 Premis Dilaporkan Tutup