Jepun merupakan antara lokasi pelancongan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Jika berkunjung ke Jepun, tidak sah kalau tidak mencuba lobster roll daripada Luke’s Lobster.

Bagi yang pernah mencuba lobster roll ini, mesti anda masih dapat membayangkan kelazatan isi lobster yang ‘fresh’ dimakan bersama chili flakes dan sos cili.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Terbaharu, cawangan Luke’s Lobster di Shinsaibashi, Osaka telah tutup operasi secara rasmi pada bulan Oktober yang lalu telah dikongsikan pengguna Facebook Mar Lia. Pastinya para peminat Luke’s Lobster akan berasa sedih dengan perkhabaran ini terutama sekali rakyat Malaysia.

photo_2020-11-20_12-59-33

Bukan itu sahaja, cawangan Luke’s Lobster di Shibuya Stream juga akan ditutup pada 30 November 2020. Pihak Luke’s Lobster meminta anda yang berada berdekatan untuk memberikan sokongan sehingga hari terakhir dan juga mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan.

**閉店のお知らせ**いつもLUKE’S LOBSTERをご利用頂きまして誠にありがとうございます。この度、LUKE’S LOBSTER渋谷ストリーム店は…

Posted by Luke’s Lobster, Japan on Sunday, November 15, 2020

Penularan wabak COVID-19 memberi kesan kepada banyak industri dan juga ‘membunuh’ perniagaan termasuk syarikat besar. Diharap, cawangan Luke’s Lobster yang lain tidak akan ditutup.

Tahukah anda bahawa ‘SEGA Archade di Jepun juga bakal ditutup? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Lebih 14 Tahun Beroperasi, Lokasi Ikonik ‘SEGA Arcade’ Di Jepun Bakal Ditutup

Toshimaen Ditutup Selepas 94 Tahun, Taman Tema Harry Potter Pula Dibuka Di Jepun Mulai 2023

Anda Mungkin Suka