Pastinya anda ketahui isu yang sedang terjadi di Hong Kong saat ini dimana berlaku protes besar-besaran di sana. Berikutan protes tersebut, ia sedikit sebanyak mempengaruhi kedatangan pelancong ke Hong Kong.

Oleh itu, perniagaan hotel di Hong Kong mengalami kerugian kerana kedatangan pelancong yang kurang. Malah, harga hotel jauh lebih murah berbanding dengan harga sewaan rumah flat di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Justeru itu, pengusaha hotel di Hong Kong mencadangkan agar pihak kerajaan Hong Kong dapat membenarkan pajakan jangka panjang dan juga jualan bilik hotel bagi menyelesaikan masalah perumahan di Hong Kong.

20190923_hk_reuters
Sumber: Reuters

Walaupun kebanyakan hotel-hotel di Hong Kong menawarkan harga yang murah serendah HK$71(~RM37.89) tetapi pelanggan masih tidak lagi ramai seperti dahulu. Walaupun pengusaha hotel telah memotong harga, tawarkan harga untuk ‘staycation’ , dan meminta pekerja bercuti tanpa gaji, ternyata langkah tersebut tidak memberikan kesan positif dalam industri perhotelan.

Jika berterusan begini, kemungkinan hotel-hotel tersebut tidak akan dapat beroperasi kelak kerana tidak mempunyai dana yang secukupnya untuk beroperasi. Malah, walaupun harga yang ditawarkan murah tetapi tiada permintaan daripada pengunjung, ia tetap satu kerugian kepada pihak hotel.

Lebih-lebih lagi, selama ini Hong Kong bergantung kepada pelancong dari tanah besar China dan oleh kerana protes yang berpanjangan, penduduk China mencari destinasi alternatif lain untuk melancong seperti Macao.

Protes yang terjadi ini masih belum diketahui bila akan berakhir. Mungkin jika anda ingin ke Hong Kong saat ini, anda boleh beli tiket ke sana dengan harga promosi kerana AirAsia sedang hangat tawarkan diskaun ke pelbagai destinasi. 

Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Kini Kembali

7 Tarikan Yang Anda Perlu Cuba Jika Bercuti Di Hong Kong

1001 Keunikan Yang Tersembunyi Di Macao