Buat mereka yang sering mendengar ceramah dan syarahan agama di media sosial, pasti akan pernah terlintas dan menonton akan ceramah yang disampaikan Ustaz Abdul Somad dari Indonesia.

Ceramah-ceramahnya sebelum ini sering dikongsikan di media sosial dan boleh dianggap agak popular dalam kalangan netizen Malaysia.

1280px-Abdul_Somad
Abdul Somad, Foto: By D.W. Fisher-Freberg – Karya sendiri, CC BY-SA 4.0,

Jika anda salah seorang yang terkesan dengan ceramah yang disampaikannya maka ketahuilah anda tidak keseorangan kerana selebriti Wawa Zainal juga baru-baru ini mengakui menonton dan terkesan dengan ceramah yang disampaikan ahli agama itu.

Kerana terkesan dengan ceramah oleh Ustaz Abdul Somad yang didengarinya sebelum ini juga, Wawa Zainal dan suami akhirnya membuat keputusan untuk mendermakan RM1.2 juta bagi tujuan pembinaan masjid.

Tempa nama di syurga

Perkara itu dimaklumkan sendiri mereka dalam satu majlis di Shah Alam pada Sabtu seperti lapor Mstar.

“Idea ini datang daripada Wawa yang mendengar ceramah ustaz Abdul Somad tentang andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.

“Jadi saya sudah berbincang dengan ketua kampung dan bersetuju untuk menghulurkan dana sekitar RM1.2 juta hasil semua keuntungan produk terbaharu kami, Muslim Bukhari,” jelas suaminya Aeril Zafril.

Masjid yang bakal dibina di kampung halaman suaminya itu dijangka bakal memulakan pembinaannya pada tahun hadapan dan mampu untuk memuatkan sehingga 700 jemaah apabila siap sepenuhnya nanti.

Mereka bagaimanapun menegaskan masjid tersebut dibina bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk dan bukan namun turut menjadi saham akhirat bersama pelanggan yang membeli produk dikeluarkan mereka.

Baca juga kisah pelakon Malaysia ini yang membuat kemunculan dalam filem sekuel Train To Busan yang menjadi sebutan netizen beberapa hari ini di pautan di bawah.

Kemunculan Pelakon Malaysia Dalam Filem Sekuel ‘Train To Busan’ Buat Netizen Teruja

Cuci Tandas Dan Diludah Ketika Jadi Maskot, Fazley Yaakob Dedah Pernah Buat Pelbagai Kerja

Pernah Belanja Sehingga RM2 Juta Untuk Rawatan Kosmetik, Safiey Illias Nasihat Jangan Ikut Jejak Langkahnya

 

Sumber