Dalam keadaan tidak terjangka, banjir terburuk telah berlaku di beberapa lokasi di sekitar Selangor pada Disember lalu dan boleh dikatakan ramai orang tidak bersedia apabila ia terjadi.

Malah, bantuan juga lewat tiba dan terdapat banyak kesukaran yang terpaksa dihadapi. Oleh itu, mahu lebih bersedia jika banjir kembali tercetus maka Fikry Ibrahim yang merupakan seorang pelakon telah membeli sebuah kereta model Ford Ranger.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Fikry telah berkongsi gambarnya bersama keretanya itu di Instagram miliknya dan berharap bahawa kereta tersebut dapat memberikan bantuan kepada pihak yang memerlukan jika banjir berlaku.

Tambahnya, dirinya terkilan kerana hanya dapat memberikan bantuan yang terhad disebabkan beberapa faktor ketika berlakunya banjir sebelum ini. Dia juga berharap rakyat Malaysia akan dilindungi Allah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti memujinya serta mendoakan usaha murninya akan dipermudahkan.