Satu hantaran di Facebook tular mengenai seorang wanita termakan nugget ayam inti dawai besi di dalamnya.

Menerusi perkongsian di group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, seorang wanita dikenali sebagai Izwani meluahkan pengalaman buruk yang terjadi kepadanya semasa berkunjung di sebuah premis makanan tetapi lokasi dirahsiakan.

Baca Juga:

Ketika sedang menikmati keenakan makanannya, dia terkejut menemukan objek asing di dalam nugget ayam goreng itu.

Setelah dikeluarkan dari mulutnya, pelanggan tersebut mengambil beberapa keping foto yang merupakan dawai berukuran kira-kira dua inci itu yang masih terlekat di dalam isi nugget.

Izwani turut mengatakan tidak mempunyai selera makan selepas menemui objek tersebut ketika lepak minum petang, semalam.

“Biasalah kita cicah sos terus masuk mulut. Masuk nugget ketiga atau empat, aku rasa kunyah benda keras. Ngilu macam besi,” katanya menerusi Facebook.

Bahkan, dia sudah membuat aduan pada pekerja di kedai itu mengenai kes berkenaan. Namun, dia tidak menyalahkan pekerja di kedai tersebut kerana nugget tersebut diambil dan digoreng dari dalam bungkusan yang dikilangkan.

Perkongsiannya di Facebook tersebut meraih perhatian ramai kerana terkejut dengan penemuan besi itu.

Menjengah ke ruangan komen, salah seorang pengguna Facebook menyuruh Izwani menghubungi bahagian khidmat pelanggan untuk buat aduan kerana pengguna itu juga pernah membeli daging burger ymempunyai besi di dalamnya.

“Mereka datang check dan sahkan ia memang dari besi daripada mesin mereka. Mereka siap bawa cenderahati dan minta maaf.” ujar netizen.

Dalam pada itu, seorang lagi netizen mengatakan buat aduan dekat nombor tertera di plastik dan nanti syarikat berkenaan akan hentikan jualan untuk kumpulan bungkusan nugget itu.