Umum mengetahui sekitar beberapa hari yang lalu merupakan hari sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan oleh masyarakat berbangsa Tiong Hwa di Malaysia dan di seluruh dunia.

Dalam suasana yang bergembira, namun ada juga kisah duka seperti yang diluahkan oleh pengguna Twitter @JamaliahMimhat yang berkongsi ciapan mengenai rumah keluarganya yang hampir musnah akibat dilanggar oleh pemandu berbangsa Cina yang dipercayai mabuk ketika memandu. Khabarnya, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 4.00 pagi tadi di kediamannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mujur tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan pemandu berkenaan terselamat daripada nahas tersebut lalu meminta maaf kepada keluarga berkenaan atas kejadian malang yang telah berlaku itu.

Perkongsian tersebut telah dibanjiri oleh komen daripada netizen dan rata-rata mereka saling menyalahkan sikap pemandu mabuk berkenaan yang tidak pernah jemu melakukan kesalahan yang boleh meragut nyawa orang yang tidak bersalah.

https://twitter.com/nesloaisbungkus/status/1361153446380929027?s=20

Berharap kejadian seperti ini memberikan iktibar kepada pengguna jalan raya supaya memandu secara berhati-hati dan menghentikan amalan memandu sewaktu mabuk yang boleh menyebabkan kemalangan jiwa.

Bekas pengurus maut selepas rempuh kilang gara-gara kecewa diberhentikan kerja. Klik pautan di bawah untuk bacaan selanhutnya.

Kecewa Dan Tertekan Diberhentikan Kerja, Bekas Pengurus Maut Selepas Rempuh Kilang

Orang Ramai Mengamuk, Pemandu Mabuk Berusia 18 Tahun Dipukul Selepas Rempuh Kereta

Pemandu Mabuk Seret Motosikal Sejauh 2KM Dan Tunjuk ‘Thumbs Up’ Undang Kecaman Netizen

Sumber