Bantuan perumahan telah disediakan buat golongan asnaf atau fakir miskin bagi membantu meringankan beban kos perbelanjaan rumah yang semakin meningkat.

Namun begitu, walaupun telah diberi bantuan perumahan, sebuah keluarga asnaf yang telah menghuni rumah transit di Flat Taman Impian Skudai, Johor telah bertindak meninggalkan rumah tersebut dalam keadaan kotor, berbau busuk dan mengalami banyak kerosakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Penolong Pengarah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Khirul Nizam Mat Said berkata keluarga asnaf bersama sembilan anak tersebut telah dibantu sejak pada tahun 2015 di mana mereka ditempatkan di transit yang dikendalikan oleh bahagian Baitulmal MAINJ.

“Sebelum keluarga asnaf ini diberikan tempat tinggal secara percuma, mereka telah menandatangani polisi antaranya menjaga kebersihan dan keadaan rumah yang didiami.

“Apabila keluarga ini melanggar polisi kediaman, kami menasihati mereka. Pihak MAINJ tidak boleh menghalau asnaf kerana kami yang membantu mereka,” katanya ketika dihubungi pihak Harian Metro.

Difahamkan sebelum ini keadaan rumah yang dihuni keluarga tersebut elok terjaga namun sejak tahun 2017, pihak mereka telah menerima aduan daripada ketua blok bahawa kebanyakan jiran kurang selesa dengan tahap kebersihan keluarga tersebut.

Menurut beliau, keluarga asnaf tersebut merupakan antara keluarga yang paling lama telah mendiami rumah transit di kawasan itu kerana keadaan semasa keluarga terbabit yang mempunyai sembilan anak yang kecil dan masih bersekolah.

MAINJ diminta membersihkan rumah tersebut

Pada akhir tahun 2019, pihak tersebut telah dimaklumkan oleh ketua blok bahawa keluarga asnaf terbabit sudah tidak mendiami rumah transit tersebut dan beliau meminta pihak MAINJ untuk membersihkan rumah terbabit kerana ia berbau terlalu busuk.

Walaupun begitu, menurut beliau, pihak tersebut tidak boleh berbuat apa-apa dengan barangan milik keluaga terbabit tanpa kebenaran mereka.

Jadi, selepas hampir setahun pencarian, pihak tersebut telah menjumpai keluarga tersebut yang tinggal di kawasan setinggan bertempat di Kampung Sepuluh Plentong.

Ianya difahamkan rumah terbabit ditinggalkan keluarga terbabit selepas mereka didapati gagal membayar bil air serta bil elektrik sehingga berlaku pemotongan bekalan utiliti.

Selepas bertemu dengan keluarga terbabit, pihak MAINJ telah diberi keizinan oleh keluarga tersebut untuk membuat kerja-kerja pembersihan di rumah itu.

Sewaktu rumah terbabit diperiksa, terdapat pelbagai kerosakan yang dapat dilihat termasuklah pintu, cat, tikar getah dan kemudahan lain. Menurut beliau, selepas rumah terbabit dibaik pulih, pihak tersebut akan memberi transit itu secara percuma kepada golongan asnaf yang layak.

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai seorang tuan rumah yang mendedahkan sikap penyewa dari neraka melalui pautan di bawah.

Tinggalkan Najis Dan Bil Tidak Berbayar, Tuan Rumah Dedah Sikap ‘Penyewa Dari Neraka’

Bayar RM700 Tetapi Rumah Kotor, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Penginapan Airbnb Dari ‘Neraka’