Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pelakon wanita, Reen Rahim menjerit apabila melakonkan babak dicekik oleh aktor, Fezrul Khan ketika membuat penggambaran filem terbaru berjudul Batu Syaitan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu menurut sumber, pelakon Iqram Dinzly turut memberi teguran kepada Reen Rahim supaya tidak terlalu manja jika mahu meneruskan perjalanan yang lama di dalam industri lakonan ini.

Iqram berpendapat, Reen tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian kerana menjadi seorang pelakon seharusnya berjiwa kental untuk membantu mereka lebih maju dalam dunia lakonan.

Tambahnya lagi, pelakon haruslah berlakon dengan lasak untuk meningkatkan prestasi mereka dan belajar bertabah dalam segala dugaan.

Selain itu, Iqram juga mengatakan dia yakin Fezrul menggunakan teknik yang betul semasa melakukan adegan mencekik Reen itu tanpa mencederakan pelakon tersebut.

Sebelum ini Iqram Dinzly pernah menjadi bualan ramai kerana didakwa sengaja mencekik pelakon, Mona Allen semasa penggambaran drama Hati Yang Dikhianati. Namun, kedua-dua pelakon tersebut mengakui kekecohan yang berlaku hanyalah gimik semata-mata untuk mempromosikan drama.