Musim Pokemon Go kini tiba. Buka sahaja Facebook tidak kira tua atau muda semuanya membincangkan tentang Pokemon GO. Permainan ini juga banyak mengisi masa lapang kanak-kanak Gen-Y suatu masa dahulu. Malah kehadiran permainan baru daripada Pokemon ini lebih mendapat perhatian Gen-Y berbanding Gen-Z.

Nick Poole seorang lelaki yang merupakan peminat tegar Pokemon telah membuatkan case khas buat telefon pintar beliau sempena Pokemon Go. Menggunakan Samsung Galaxy S4 beliau telah membina sebuah case khas berkonsepkan Pokedex. Device yang tidak asing lagi di dalam siri Pokemon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

IMG_20160712_004812

Inovasi daripada Poole yang menggunakan 3D printer untuk membuat ‘Pokedex’ tidak terhenti disitu sahaja. Berikutan penggunaan real time location yang kerap untuk mengakses Pokemon Go, pastinya membuat telefon cepat kehabisan bateri. Poole sebagai seorang ‘pokemon master’ yang kretif nampaknya sudah bersedia dengan situasi seperti itu dengan menyertakan sebuah bateri 2600mAh di bahagian belakang ‘Pokedex’. Cool bro.

Pokedex4

Beliau juga menyertakan cara-cara untuk membuat Pokedex bagi membantu para ‘Pokemon Master’ yang lain. Buat anda yang berminat boleh lawati Sparkfun dan Github. Berikut merupakan antara proses beliau membuat case ini sehingga akhir.

IMG_20160711_212944

Pokedex2

Pokedex6

Nick Poole sempat memberi kemasan terakhir buat Pokedex beliau dengan menyertakan logo Team Valor. Cool bukan?