Mula mendapat perhatian netizen apabila video siri animasi yang dikongsikan oleh gadis berusia 20 tahun ini mengetengahkan dirinya sebagai watak utama dalam video itu.

Menariknya, video siri animasi pendek itu berkisahkan tentang dirinya dan seorang jejaka korea yang bercinta dimana membuat ramai peminat drama Korea inginkan diri mereka memiliki kisah romantik seperti dalam drama Korea yang ditonton.

https://twitter.com/AlishaMustafar/status/1305120206092599299

Alisha Mustafar yang merupakan pelajar kejuteraan perisian menjadikan drama dan webtoon Korea sebagai sumber inspirasi untuk menghasilkan video siri animasi pendeknya itu.

Ketika dihubungi, beliau yang merupakan peminat drama Korea mencipta kisah cintanya sendiri danĀ berharap agar animasinya yang berperwatakan seorang perempuan melayu islam dapat meningkatkan imej wanita muslim di dunia.

https://twitter.com/AlishaMustafar/status/1308020603488669696

Cz667IHo.jpg-large
Proses lakaran

Malah, beliau juga mahu membuktikan bahawa pemakaian hijab bukanlah halangan untuk kita melakukan pelbagai perkara. Untuk pengetahuan anda, beliau belajar untuk membuat animasi menerusi YouTube selama seminggu.

Beliau cari audio yang bersesuaian di YouTube dan melakar storyboard serta meneruskan proses untuk animasi yang sebenar scene by scene. Bukan mudah untuk menghasilkan animasi ini kerana beliau baru sahaja menceburkan diri dalam bidang ini dan masih belum memilikiĀ software yang boleh mempercepatkan proses mencipta video animasinya.

https://www.instagram.com/p/CCV0C9chP88/

Ketika ini, beliau baru berjaya menghasilkan 3 video animasi dan satu video memakan masa dalam 5 hingga 9 hari untuk disiapkan. Selamat maju jaya diucapkan untuk Alisha dan semoga dapat menghasilkan lebih banyak video animasi yang menarik untuk ditonton ramai.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa kisah inspirasi untuk anda. Klik sahaja pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Bermula Dengan Kedai Kopi Di Rumah, Pemuda Berusia 21 Tahun Ini Berjaya Buka Kafe Sendiri

Cipta Keunikan Jual Kopi Belakang Kereta, ‘Kedai’ Di Johor Bahru Ini Curi Perhatian Netizen

11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen