Walaupun PlayStation 5 (PS5) sudah dilancarkan sejak November tahun lalu di Jepun, para gamers di seluruh dunia tetap menghadapai kesukaran untuk membeli konsol ini kerana stoknya yang terhad di setiap negara.

Kesuntukan Stok ini turut berlaku di Jepun, dan apabila tersebar berita bahawa ada kedai elektronik di Akihabara akan menjual stok baharu PS5, maka berpusu-pusula rakyat Jepun ke kedai elektronik berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dikhabarkan majoriti yang tiba ke kedai ini merupakan resellers yang mahu menjual semula PS5 berkenaan untuk gamers di luar Jepun.

Masalah mula timbul apabila kedai elektronik berkenaan tidak memberitahu jumlah unit PS5 yang tersedia di lokasi berkenaan serta bagaimana PS5 tersebut akan dijual; sama ada secara first come first served atau secara undian raffle.

Ternyata ia mencetuskan kekecohan ketika hari penjualan konsol berkenaan. Pada pagi 30 Januari, ramai yang sudah beratur di pintu masuk Yodobashi Camera untuk peluang membeli PS5 ini. Namun, pihak pengurusan kedai berkenaan seperti tidak bersedia dalam mengawal pelanggan yang hadir apabila sebaik sahaja pintu dibuka, ramai yang berlari masuk dan keadaan kedai terus sesak tanpa sebarang penjarakan sosial

Antara individu yang turut berada dalam lautan manusia itu adalah Dave Gibson, animator untuk permainan video hebat seperti FIFA, Need For Speed dan Resident Evil.

Dalam video yang sempat dirakamnya, keadaan menjadi lebih huru-hara apabila pekerja mula membawa set nombor untuk pembelian PS5 berkenaan dan dikatakan kedai berkenaan cuma mempunyai stok PS5 sebanyak 300 unit sahaja. Tolak-menolak berlaku sehingga kaunter pembayaran di bahagian depan turut tertolak ke belakang

Selepas beberapa ketika, pekerja di kedai berkenaan mula menjerit supaya semua bersurai kerana jualan untuk PS5 berkenaan telah dibatalkan atas faktor keadaan tidak terkawal. Selepas itu, pihak polis turut hadir ke kedai berkenaan bagi mengawal keadaan.

Pelanggan yang hadir pulang dengan rasa kecewa. Cawangan kedai elektronik Yodobashi ini tidak menetapkan sebarang syarat tambahan dan sesiapa sahaja boleh membelinya. Di kedai Yodobashi cawangan Umeda,Osaka contohnya, hanya pemegang kad Visa Gold Point Card Plus boleh membeli PS5 di cawangan tersebut.

Disebabkan itu cawangan ini menjadi tumpuan resellers . Reselling telah menjadi satu masalah di Jepun sehinggakan kerajaan Jepun bakal mempertimbangkan undang-undang khas perihal aktiviti ini. Kerajaan Jepun cuba menangani masalah ini supaya ia adil untuk semua memiliki produk yang mereka mahu pada harga pasaran dan bukannya harga lebih tinggi.

Perkara ini juga bakal tertakluk untuk jenama pakaian seperti Uniqlo terutamanya ketika mereka melancarkan koleksi edisi terhad di Jepun.

Disebabkan ada permintaan tetapi stok yang sedikit di Malaysia, ada yang sanggup naikkan harga PS5 sehingga hampir 3 kali ganda untuk untung atas angin. Baca lagi pada pautan di bawah.

Mahu Jual Semula PS5 Dengan Harga Sehingga RM6,000, Tindakan Pemuda Ini Diperli Netizen

Sekadar Kutip Dari Tong Sampah, Kotak PS5 Ini Berjaya Dijual Dengan Harga RM91

Sumber