Baru-baru ini, dua orang terlibat kemalangan kereta di Miri dilaporkan telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami. Menurut laporan, penumpang kereta itu maut serta-merta selepas tercampak keluar dari kereta BMW manakala pemandu kereta itu juga turut meninggal dunia akibat kecederaannya.

Kes kemalangan kereta tersebut tular kerana pemandu kereta tersebut pernah didakwa membunuh rakan sekelasnya pada tahun 2011 dan mayat mangsa ditemui di lokasi kemalangan kereta terbabit 11 tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada 25 Mac 2011, Tiffany Wong ditemui mati di dalam sebuah longkang kecil di Jalan Beraya Lama, Bakam apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama suspek.

Menerusi laporan, pemandu kereta tersebut telah dituduh kerana membunuh Tiffany Wong tetapi suspek dibebaskan kerana bukti yang tidak mencukupi. Lantaran itu, perkhabaran kematian pemandu kereta mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mengatakan ianya karma atas perbuatannya dulu.

Bukan itu sahaja, para netizen turut beranggapan bahawa roh mangsa tidak aman dan sudah lama menunggu untuk membalas dendam. Malah, rakan-rakan yang mengenali Tiffany Wong turut berasa rindu dan juga mengatakan ini adalah keadilan untuknya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Tertinggal Di Mesin, Wanita Ini Kecewa Suspek ‘Shopping’ Sakan Guna Kad ATM Miliknya

Dimarah Hanya Kerana Utamakan Wanita Mengandung, Chef Ammar ‘Sekolahkan’ Pelanggan Biadab