Kita pernah dikejutkan dengan berita penangkapan saspek yang disyaki terlibat dengan kes pengubahan wang haram atau Macau Scam. Kes tersebut menjadi tumpuan ramai kerana banyak pihak dipanggil untuk membantu siasatan.

Bukan itu sahaja, media turut melaporkan seramai 29 pegawai dan anggota polis termasuk seorang pegawai kanan berpangkat deputi komisioner disiasat bagi kes penipuan Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan Addy Kanna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, seramai 31 pegawai dan anggota polis telah dikenal pasti terlibat dalam kes tersebut akan dikenakan tindakan tegas. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan dirujuk kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Tambahnya, di bawah bidang kuasa SPP, kesemua anggota yang terlibat itu boleh dikenakan tindakan tegas seperti ditamatkan perkhidmatan atau diturunkan pangkat.

Difahamkan kesemua pegawai dan anggota polis itu disiasat secara menyeluruh terutama berhubung pemilikan nilai aset luar biasa berbanding jawatan dan gaji. Apakah pendapat anda akan kes ini?

Bagi anda yang terlepas berita ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial, SPRM Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’

PDRM Sahkan Addy Kanna dan Leong Yeong Tidak Terlibat Dengan Macau Scam

Nabil Ahmad Antara Individu Yang Dipanggil SPRM Berhubung Isu Macau Scam

Sumber