Pada hari Selasa yang lalu pemain golf terkenal dunia, Tiger Woods telah mengalami kecederaan teruk pada bahagian kaki akibat terlibat dalam satu nahas kemalangan ngeri berhampiran komuniti pinggir bandar Rolling Hills Estates dan Rancho Palos Verdes.

Melalui satu ciapan yang dikongsikan pada Twitter rasmi miliknya, difahamkan Tiger Woods mengalami patah tulang belakang tibia dan fibula ke kaki kanannya pada dengan kecederaan tambahan pada kaki dan pergelangan kakinya. Dia juga mengalami trauma pada bahagian otot dan tisu lembut kaki yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut seorang pakar bedah ortopedik, Tiger Woods mungkin dapat kembali bermain golf semula dalam masa satu tahun tetapi proses untuk pulih semula dari kecederaan serius yang dialaminya akan mengambil satu jangka masa panjang dan menyakitkan.

“Apa yang saya pelajari sepanjang karier saya menjaga atlet, Tiger Woods mungkin memerlukan sekitar 12 minggu hingga empat bulan untuk tulang benar-benar sembuh.

“Setelah pemulihan intensif, secara realistiknya, mungkin mengambil masa setahun penuh sebelum dia dapat kembali beraksi di tahap tinggi,” kata Dr. Victor Khabie, Ketua Operasi dan Pengarah Bersama di Hospital Westchester Utara.

vocket-tiger-woods-kemalangan-2
Sumber Gambar: USA Today
vocket-tiger-woods-kemalangan-8
Sumber Gambar: USA Today
vocket-tiger-woods-kemalangan-4
Sumber Gambar: USA Today
vocket-tiger-woods-kemalangan-3
Sumber Gambar: USA Today
vocket-tiger-woods-kemalangan-9
Sumber Gambar: USA Today

Tiger Woods dalam perjalanan menuju ke utara di Hawthorne Boulevard telah hilang kawalan di persimpangan Blackhorse Road lalu melanggar papan tanda dan sebatang pokok sehingga kereta SUV Genesis miliknya terbalik dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 7.15 pagi, Selasa lalu.

Pada awal bulan Februari lalu, seorang pemandu Proton X50 terselamat dari kecederaan parah apabila keretanya berpusing melanggar serpihan tayar di atas lebuh raya.

Pemandu Selamat Walaupun Kereta ‘Total Lost’, Proton X50 Layak Terima Penarafan NCAP ASEAN 5-Bintang

Netizen Kagum Kecekapan Pemandu Proton Satria Elak Kemalangan Di Selekoh

Umpama ‘Godzilla Vs Kong’, Kemalangan Dua Kereta Ini Menjadi Bualan Para Netizen

 

Sumber