Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Satu acara perlumbaan drag di Pulau Cebu, Filipina terpaksa dihentikan seketika apabila sebuah Nissan GT-R R35 milik salah seorang penonton datang telah tergelunsur masuk ke dalam laut bersebelahan dengan lokasi acara tersebut berlangsung.

Menurut saksi yang memaklumkan situasi sebenar kepada portal Motor1.com, pemilik supercar-killer buatan Jepun itu terlupa menarik¬†handbrake dan membiarkan gear keretanya dalam posisi ‘Neutral’. Oleh sebab dia meletakkan keretanya di¬†kawasan kawasan bercerun, kereta bernilai 6 juta Peso (RM497,903)¬†terus mengelunsur masuk ke dalam laut.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian dengan segeranya memberikan bantuan untuk menyelamatkan kereta terbabit daripada terus tenggelam sepenuhnya ke dasar laut.

Walaupun berjaya diselamatkan, sudah pasti untuk ‘mengeringkan’ serta membaik pulih kereta itu setelah terkena air laut masin bukanlah mudah dan murah.

Anda boleh tonton detik-detik Nissan GT-R itu mulai tenggelam ke dalam laut dan operasi menyelamatkannya melalui video-video yang kami kongsikan di bawah.

Sementara itu di Indonesia pula, peminat-peminat kereta mewah kurang senang melihat dua kanak-kanak masuk ke kawasan pameran tanpa dihalang ibunya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Netizen Indonesia Kurang Senang Lihat Kanak-Kanak ‘Bermain’ Dekat Hypercar Bernilai RM14.44 Juta

Pemilik Lotus Tuduh Kucing Jiran Calarkan Kereta, Tuntut Ganti Rugi RM12,791

 

Anda Mungkin Suka