Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin pada hari ini telah mengumumkan terma baharu jual beli rumah berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara sekaligus menjejaskan pembeli dan pemaju.

Melalui terma baharu yang diumumkan, pembeli tidak lagi dapat membuat sebarang tuntutan ganti rugi sekiranya rumah tidak dapat disiapkan pemaju menerusi perjanjian asal yang dibuat.

274582
Sumber: the star

Menurut YB Zuraida Kamaruddin, terma baharu ini dibuat bagi mengelakkan isu saman ganti rugi antara satu sama lain melibatkan pembeli dan pemaju dimana kedua-dua pihak terkesan dengan kehadiran wabak COVID-19. Dalam erti kata lain, para pembeli tidak dapat membuat claim kepada pemaju seperti yang dibuat pada perjanjian asal jual beli rumah.

Setakat ini, KPKT dilaporkan telah menerima hampir 800 permohonan daripada pemaju yang memerlukan lebih masa bagi menyiapkan projek perumahan yang tergendala selama hampir tiga bulan.

PEMbeli2_1586471442
Sumber: Harian Metro

Kenyataan yang baharu sahaja diumumkan ini jelas menimbulkan pelbagai tanda tanya serta persoalan di kalangan rakyat khususnya pembeli rumah. Tidak kurang juga yang berpendapat terma baharu ini secara tidak langsung memberi kelebihan buat pemaju ke atas pembeli rumah.

Walau bagaimanapun, difahamkan terma baharu mengenai urusan jual beli rumah dalam pembinaan akan ditetapkan kerajaan menerusi pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) COVID-19 Langkah Sementara pada Julai ini.

Sebelum ini timbul isu apabila pemaju di Pulau Pinang risau dengen pembelian hartanah di negeri tersebut yang semakin merosot berikutan kehadiran wabak COVID-19.

Pemaju Risau Pembelian Hartanah Di Pulau Pinang Merosot Kerana COVID-19

8 Panduan Asas Untuk Anda Yang Mahu Beli Rumah Buat Pertama Kali

 

Sumber