Sebelum ini, AirAsia pernah melancarkan pas penerbangan tanpa had seperti Pas AirAsia Cuti-Cuti Malaysia dan Pas ASEAN Unlimited. Malah, AirAsia juga memperkenalkan pas AirAsia Super+ yang telah diubah namanya kepada AirAsia Super+ ASEAN.

Terbaharu, AirAsia memperbaharui tawaran pas tanpa had 365 hari mereka dengan membawakan dua pas AirAsia Super+ baru, dikenali sebagai Super+ Lite dan Super+ Premium. Kedua-dua pas ini menyediakan tawaran lebih meluas berbanding pas Super+ ASEAN.

Baca Juga:

Untuk pengetahuan anda, pas AirAsia Super+ Lite dan Super+ Premium ini akan dijual dalam masa terhad iaitu dari 5 sehingga 11 Disember 2022 sahaja. Harga Untuk AirAsia Super+ Lite adalah RM899, manakala Super+ Premium berharga RM2,288.

Tawaran menarik pas AirAsia Super+ Lite dan Super+ Premium

Bagi Super+ Lite, ia tambah penerbangan meliputi semua Asia Tenggara sehingga ke Vietnam, Kemboja, Myanmar, Laos dan Brunei. Malah, ia juga boleh digunakan untuk penerbangan jarak dekat di bawah 4 jam, dengan kod penerbangan Malaysia AirAsia (AK), Thailand AirAsia (FD), Indonesia AirAsia (QZ), dan AirAsia Filipina (Z2).

Manakala untuk Super+ Premium yang jauh lebih mahal, ia menawarkan penerbangan tanpa had lebih jauh melebihi 4 jam. Selain terbang ke semua tempat di Asia Tenggara, pengguna juga boleh terbang ke destinasi penerbangan AirAsia X D7. Antaranya ke Jepun, Korea, Australia, Maldives, China dan India. Malah, AirAsia turut menyatakan mungkin ada tambahan lagi.

Kedua-dua pilihan ini adalah termasuk diskaun 10% tanpa had untuk airasia ride dan diskaun 5% tanpa had untuk semua hotel di airasia Super App.

Sekadar makluman, pas Super+ Lite dan Premium hanya memberikan tambang percuma untuk harga asas tiket sahaja. Perkara lain seperti cukai penerbangan, cukai MAVCOM, surcaj minyak dan lain-lain, masih perlu dibayar semasa tempahan penerbangan dibuat.

Cara membeli Super+ Lite/Premium

Bagi anda yang berminat untuk membeli pelan SUPER+ ini, anda boleh dapatkan menerusi aplikasi AirAsia Super App dengan menekan ikon ‘SUPER+’ di halaman utama. Bayaran yang diterima adalah kad debit/kredit dan perbankan dalam talian.

Hanya pengguna yang berdaftar dengan AirAsia dan memiliki akaun sahaja boleh membelinya dan jika anda belum mendafta, boleh daftar sahaja secara percuma.

Pembayaran pas Super+ ini hanya menerima kad debit atau kredit sahaja. Kredit AirAsia tidak boleh digunakan untuk membeli pas Super+ Lite atau Premium. Bagaimanapun, kredit ini masih boleh digunakan untuk membeli tambahan seperti bagasi daftar masuk, makanan dan memilih tempat duduk.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web AirAsia Super+. Anda juga boleh masukkan refferal code 26FB34658E4555 ini ketika pembelian pas Super+ anda.

Sebelum terlupa, pastikan anda membuat pembayaran menggunakan kad BigPay anda kerana anda pasti akan dapatkan lebih banyak penjimatan dan kelebihan. Tiada BigPay? Anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10.