Cuti sekolah telah pun bermula, mungkin ada daripada anda yang pening kepala untuk membawa anak-anak berhibur. Apa kata bawa anak-anak anda menonton filem Trolls World Tour di pawagam terdekat anda sekarang.

Sedikit sinopsis, filem ini mengisahkan tentang Queen Barb dari suku Rock memiliki rancangan jahat untuk menukar semua suku Troll menjadi zombi genre Rock. Untuk pengetahuan anda, Poppy dan Branch mengetahui bahawa terdapat enam suku troll yang hidup di dunia ini, termasuk mereka.

Setiap suku troll ini dikhususkan kepada enam jenis muzik yang berbeza iaitu Funk, Country, Techno, Klasik, Pop, dan Rock. Akan tetapi, Queen Barb ingin menguasai dunia dengan menghancurkan semuajenis muzik lain dan hanya membiarkan genre rock berkuasa dengan bantuan ayahnya King Thrash.

Menjadi ‘highlights’ filem ini apabila Poppy dan Branch bersama beberapa rakan mereka mula mengembara ke tanah muzik lain untuk menyatupadukan Troll secara harmoni menentang Barb.

Pasti anda tertanya-tanya apa yang menarik dalam filem ini bukan? Kami akan menyentuh beberapa aspek dalam filem ini yang menjadikannya menarik dan anda harus tonton.

1. Jalan cerita

trolls-world-tour-2020
Sumber: The wired

Bagi anda yang menonton filem Trolls sebelum ini, anda pasti teruja dengan sekuel filem ini yang penuh dengan emosi dan anda dapat lihat keazaman Poppy dan Branch serta rakan-rakan untuk satukan kesemua puak Troll. Jalan ceritanya mudah dan penonton akan berasa terhibur walaupun terdapat sedikit konflik dala filem ini.

2. Tonton di GSC Playplus

83574629_2711392472249426_1875112923920072704_o
Sumber: Johor foodie

Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak untuk menonton filem ini, kami sarankan untuk tonton di GSC Playplus. Memang sesuai untuk anda yang bawa anak-anak anda kerana mereka boleh bermain gelongsor sambil menonton filem dan pasti mereka tidak meragam.

3. Penuh dengan nilai murni

012418_1280x720_594124_086
Sumber: Metacritic

Filem ini amat sesuai untuk anda dan anak-anak anda kerana ia padat dengan nilai murni seperti saling bantu membantu dan hormat menghormati. Setiap orang memiliki genre muzik yang disukai, kita haruslah menghormati minat orang lain dan belajar untuk menerima.

4. Pilihan lagu

Sudah kata ada 6 genre muzik yang akan diketengahkan, maka anda akan dapat mendengar 6 pilihan genre muzik yang pasti buat anda menyanyi bersama. Mana tidaknya, genre muzik dari klasik, jazz, techno, funk, country dari pelbagai latar suara yang hebat-hebat seperti Kelly Clarkson, Mary J Blige, Ozzy Osbourne, James Cordon dan Sam Rockwell digunakan dalam filem ini.

Keseluruhan filem ini digarap dengan baik dan pastinya penonton akan terhibur sepanjang filem ini ditayangkan. Mana tidaknya, ianya satu karya dimana anda dapat mendengar nyanyian merdu dan dapat merasa keterujaan Poppy dan Branch cuba menyelamatkan genre muzik.

Apa yang kami boleh katakan, anda kena lihat sendiri filem ini kerana ia memiliki kekuatannya tersendiri. Kami memberikan 7/10 bintang untuk filem ini. Anda bakal melihat satu pengalaman berbeza dan menyeronokkan menonton filem ini.

Terdapat banyak filem yang akan ditayangkan pada tahun ini. Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Dihantui ‘Raksasa’ Halimunan, Karya Seram Penuh Twist Dalam The Invisible Man

Selepas 4 Tahun, Filem Sekuel Train To Busan Sah Akan Ditayangkan Tahun Ini

Tayangan Black Widow Dan Fast & Furious 9 Tidak Akan Ditunda Kerana Coronavirus

Sumber