Melawat ke salah satu Disneyland sememangnya tersenarai dalam ‘bucket list’ tempat paling ingin dilawati. Kini ada berita baik buat mereka yang teringin melawat ke Disneyland, Google Street View menawarkan lawatan virtual ke Disneyland seluruh dunia khas untuk anda.

Google dengan kerjasama Disney kini menawarkan pengalaman lawatan ke Disneyland melalui laman web Google Street View membantu merealisasikan impian anda untuk melawat 11 buah Disneyland hanya dari rumah! Perjalanan virtual yang mempunyai putaran sekeliling 360 darjah ini sememangnya memberikan feel seperti anda berada di tempat tersebut.

screenshot-2018-03-06-at-3-08-51-am_polarr

Pandora-Disneyland

Lawatan virtual anda boleh dimulakan dengan mengakses ke laman Google Street View dan pilih ‘Disney Park and Resort’ kemudian anda bebas memilih lokasi untuk dilawati.

Perjalanan virtual anda boleh dilakukan dengan lebih selesa tanpa beratur dan berpanas di bawah sinaran matahari. Anda hanya perlu duduk dan nikmati perjalanan virtual tersebut. Antara pilihan tempat yang ditawarkan ialah Magic Kingdom Theme Park, Pandora – The World of Avatar, Epcot Theme Park, Disney California Adventure Park, Disney Hollywood Studios dan banyak lagi. Selamat melancong.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤