Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak akhir-akhir ini, angka kes positif COVID-19 mencatatkan jumlah harian yang tinggi mencecah lebih 9,000 kes sehari. Angka yang membimbangkan ini secara tidak langsung turut mendesak individu yang disahkan positif untuk mendapatkan rawatan serta menjalani kuarantin.

Menerusi laporan daripada Malaysia Gazette, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam telah dipenuhi oleh orang ramai di mana terdapat individu yang terpaksa beratur panjang sehingga 500 meter untuk melaporkan diri.

Berdasarkan tinjauan, kebanyakan pengunjung yang tiba turut membawa bersama beg pakaian dan kelengkapan lain seolah sudah mengetahui bakal ditempatkan di pusat kuarantin. Difahamkan terdapat kanak-kanak dan bayi yang disyaki postif turut serta beratur dan berpanas sejak pagi tadi.

Dimaklumkan CAC Stadium Malawati pada hari ini telah menerima lebih 4,000 pengunjung setakat jam 12 tengah hari tadi. Jumlah individu yang hadir nyata membimbangkan petugas memandangkan CAC Stadium Malawati sekadar mampu menampung 1,200 hingga 1,500 pengunjung sahaja dalam satu-satu masa.

Tular pada minggu ini apabila food bank ini habis diserbu orang ramai dalam tempoh dalam beberapa minit sahaja berikutan terdapat individu yang mengambil barangan melebihi keperluan.

‘Food Bank’ Habis Diserbu Dalam Beberapa Minit, Netizen Persoal Isu Pengambilan Melebihi Keperluan

Dikecam Selepas ‘Demand’ Mahu Jenis Pfizer, Ifa Raziah Nafi Memilih Vaksin

Anda Mungkin Suka