Selain Gardenia, Massimo merupakan jenama roti kegemaran rakyat Malaysia. Bagi peminat roti Massimo, mesti anda perasan akan ketiadaan roti ini selama seminggu di pasaran.

Untuk pengetahuan anda, kilang roti Massimo di Klang telah diarahkan tutup operasi sementara waktu sebagai sebahagian langkah pencegahan Covid-19 atas arahan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu kenyataan, Massimo Bread akan kembali beroperasi mulai hari ini. Pihak Massimo mengucapkan terima kasih diatas kesabaran, sokongan para pembeli dalam waktu yang sukar ini.

Sebelum ini, Yang Dipertua MPK, Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, 37 kilang diarah tutup sementara untuk tujuan sanitasi dan pekerja menjalani ujian saringan Covid-19.

Lantaran berita baik pembukaan semula operasi kilang roti Massimo, rata-rata netizen berasa gembira dan sudah tidak sabar untuk mendapatkan roti kegemaran mereka.

Screenshot 2021-02-03 at 10.00.54 AM

Screenshot 2021-02-03 at 10.01.07 AM

Bagi peminat roti jenama Massimo, nantikan kemunculan semula roti kegemaran di pasaran tidak lama lagi. Siapa sini sudah tidak sabar mahu dapatkan roti ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Keluar Beli Barang Bukan Bersuka Ria’- Netizen Berang 8 Penduduk Miskin Sabah Dikompaun

Buat Pusingan-U Secara Merbahaya, ‘Pensyarah’ Ini Maki Dan Doakan Pemandu Lain Dijangkiti COVID-19

Ini Resipi Ringkas Puding Roti Sos Kastard Lemak Berkrim Yang Anda Boleh Cuba