Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Budak ini lompat pagar asrama tengah malam 3 hari lepas. Kena tangkap dengan pengawal keselamatan dan seterusnya dihant ke warden asrama untuk tindakan lanjut. Sepatutnya, kesalahan begini memang tiada maaf. Buang asrama terus.

Namun semalam adik ini dimaafkan kesalahannya oleh kawan aku. Kenapa? Kerana dia lompat pagar demi mencari rezeki. Budak ini, seorang pelajar IPTS. Tak perlu aku sebut IPT mana. Sesiapa yang tahu diminta diam-diam sahaja.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Baik akhlak budak ini. Salah seorang sukarelawan Dana Kita juga. Cakap sahaja perlu guna tenaga, dia pasti muncul. Tak pernah ada alasan. Kehidupan sebagai student di ibu kota ni, memang sangat perlu mengikat perut. Serba-serbi mahal. Nak beli bahan belajar, print assignment, semuanya memerlukan belanja.

121644793_3597881743566728_1227118828387877445_o

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

Saat pelajar lain meminta duit kepada ibu bapa untuk menampung segala belanja, anak bongsu daripada 6 adik-beradik ini memilih untuk membuat part time.
Bangga betul aku dengan sikap dia. Aku cukup suka anak muda ada sikap begini. Sikap ingin mengubah kehidupan tanpa bergantung pada sesiapa. Hanya tulang empat kerat dia sahaja.

Dia pergi jumpa kontraktor Alam Flora, minta apa-apa kerja yang boleh dilakukan hujung minggu. Dia diberi kerja sapu sampah, cuci longkang dan sebagainya. Waktu kerja dari jam 10 malam hingga 6 pagi. Gaji RM45. Menariknya, dia tak menolak kerja tu!

Bangga gila aku dengar masih ada anak muda kita yang masih belajar sanggup kerja sapu sampah, cuci longkang dari malam sampai ke pagi dengan gaji cuma RM45.

Tak ramai anak muda ada semangat seperti ini. Ada, tapi tak ramai.
Peraturan di asrama, selepas jam 7 malam dah tak boleh keluar asrama. Memandangkan dia kena kerja jam 10 malam, dia akan cuti-curi lompat pagar setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Nasib dia malang semalam, kena tangkap. Terkejut warden bila lihat lelaki pakai baju Alam Flora kena tangkap. Ingatkan orang luar, rupanya student sendiri.
Namun bila disiasat dan tahu hal sebenar, pelajar ini dimaafkan.

Dia bukan mencuri. Dia bukan penjenayah. Dia cuma nak mencari rezeki halal.
Cuma tindakan itu tetap salah. Tidak boleh beri pengecualian, namun kami fikirkan jalan lain untuk dia buat part time tanpa melanggar peraturan asrama.

Semalam aku jumpa dia dan warden tersebut. Kami bincang lanjut bagaimana nak bantu dia. InsyaAllah, kita akan terus sokong budak ini untuk buat part time.
Dia rajin. Dia ada semangat. Dia berusaha. Pasti aku akan bantu. Ini sikap yang sangat aku suka.

Pasti ada jalan kejayaan untuk orang seperti ini. Lambat atau cepat, aku yakin dia akan menjadi seseorang yang disegani kelak. Terus maju jaya anak muda. Terus kental dan gigih berusaha. Aku sokong rapat usaha kamu. Ayuh! Ini semangat kita mahu. Tidak lembik dan tidak mudah mengalah dengan kesusahan hidup dikotaraya.

Ketahui juga mengenai kisah keluarga yang berjalan kaki dari Tanjung Malim ke Bentong selepas tidak dibayar gaji.

Dari Tanjung Malim Ke Bentong, Keluarga Ini Berjalan Kaki Balik Kampung Selepas Tidak Dibayar Gaji

Demi Buktikan Cinta Kepada Isteri, Lelaki Ini Beli Sebidang Tanah Di Bulan

Artikel di atas disumbangkan oleh Mohd Fadli Salleh. Beliau merupakan seorang sangat aktif dalam berkongsi kisah inspirasi di Facebook. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka