Walaupun sudah banyak kali isu ‘cop parkir’ dibangkitkan oleh warganet, namun masih ramai individu tidak bertanggungjawab berdegil tunggu di hadapan parkir kosong sementara keretanya datang ke petak tersebut.

Dalam satu video yang tular baru-baru ini, ada seorang pemandu wanita ‘mengomel’ semasa mahu meletakkan kenderaan di hadapan deretan kaki lima kawasan kedai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun ada seorang wanita sedang berdiri di hadapan ruang parkir kosong itu sambil menunding jari ke arahnya sebagai ‘tanda’ ada kereta lain akan masuk situ.

“Tak ada cop. Tak ada-tak ada. Ketepi-ketepi. Sesuka hati kau je nak cop parkir. Eh,” mengomel wanita itu.

Wanita yang berdiri di hadapan parkir kosong itu segera beralih dari tempat itu apabila pemandu wanita tersebut terus menghampirinya lalu meletakkan keretanya di situ.

Ditambah pula dengan efek bunyi latar genre ‘lawak’ ke dalam video itu, ia menjadikan situasi tersebut menjadi lebih menggelikan hati.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian video itu telah mendapat lebih 1,400 tanda suka dan hampir 250 komen daripada netizen.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Untuk makluman, pelaku bersalah boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya di bawah Seksyen 119.

Bagi sesiapa menghadapi situasi seperti ini dan mempunyai bukti rakaman gambar atau video, boleh membuat laporan terus di balai polis berdekatan.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Seorang wanita masih ‘keraskan badan’ enggan berganjak dari parkir kosong walaupun ada pemandu lain mahu meletakkan kenderaan di situ. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Tidak Mahu Mengalah, Wanita Ini ‘Keraskan Badan’ Untuk Cop Parkir Kosong

Pentingkan Diri Sendiri, Tindakan Wanita Ini Cop Parkir Undang Kecaman Ramai

Orang Ramai Sambut Baik Tindakan MPAJ Sita Barangan ‘Penanda Cop Parkir’ Di Kawasan PPR