Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pernah atau tidak anda berdepan situasi hampir atau ‘ditinggal’ tanpa sengaja di mana-mana? Pasti anda berasa panik ketika itu dan berasa bingung mahu lakukan apa.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @roymuhd_ telah berkongsi sebuah video memaparkan situasi ibunya tertinggal di Kawasan Rehat Dan Rawat (R&R) hentian sebelah Tangkak. Menerusi video tersebut, Roy besama ayah dan adiknya yang telah meneruskan perjalanan perlu berpatah balik ke R&R tersebut.

@roymuhd_

Nasib Baik Baru Gerak,Borak2 Tgok Belakang Mak Aku Takde, Tertinggal Kt RNR..Ingatkan Tido,kluar tak bagitau🤣🤣 #alkisah #maktertinggalktRNR #fypシ

♬ bunyi asal – ᏒᎧᎩ MUHD ®️ – ᏒᎧᎩ MUHD ®️

Menurut Roy, mereka sekeluarga tidak perasan maknya keluar dari kereta dan menyangka makya itu sedang tidur. Nasib baik sedar ketika perjalanan masih belum jauh, maka mereka pun kembali ke R&R itu segera.

Setibanya di sana, maknya sedang tunggu di Gazebo dan maknya mengatakan berdebar kerana ditinggalkan di R&R tersebut. Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur. Malah, para netizen turut bersyukur makya masih mampu tersenyum walaupun ‘ditinggal’ dan selamat.

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen turut berkongsi pernah berdepan situasi ‘ditinggal’ di R&R. Malah, rata-rata netizen turut mengatakan bahawa jika berhenti di R&R perlulah memastikan setiap ahli keluarga sudah masuk ke dalam kereta agar kejadian seperti ini tidak berlaku.

Ketika artikel ini ditulis, video ini telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan mendapat 23 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Diekori’ Rapat Kereta Tidak Dikenali, Perkongsian Detik Cemas Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Gara-Gara Handphone Dirampas, Video Kanak-Kanak Ini ‘Lari Dari Rumah’ Curi Tumpuan Netizen

‘Macam Jemur Kain’- Penganjur Dikritik Selepas Artis Luah Kekecewaan Karya Seni Disidai

Anda Mungkin Suka