Jika kita merasa susah, ada lagi orang yang lebih susah dan memerlukan dari kita. Apabila anda sedikit berkemampuan, bantulah mereka yang memerlukan walaupun tidak banyak.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @wh99z_ telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya bertemu dengan seorang pak cik di R&R Ayer Keroh ketika dirinya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, pak cik itu bertanya kepadanya sama ada boleh tumpang sehingga hentian Nilai dan berasa pelik dengan permintaan pak cik itu maka beliau bertanya alasan mahu ke sana. Pak cik itu mengatakan dirinya dari Alor Setar ke Melaka sebab anaknya tunggalnya terlibat kemalangan dan koma.

@wh99z_

Allah swt sedang menguji aku hmm😢

♬ PENANTIAN ARMADA – Sadvibes🥀

Selepas beberapa hari di Melaka, pak cik ini mahu pulang ke rumah untuk menoreh getah kerana tidak cukup wang. Jika wang cukup dalam masa 2 hingga 5 hari ini maka pak cik tersebut akan kembali ke Melaka untuk menjenguk anaknya semula.

Tambahnya, anak pak cik tersebut merupakan satu-satunya keluarga terdekat yang dimiliki pak cik itu selepas isteri dan abangnya meninggal dunia. Malah, pak cik berusia 66 tahun itu redha dan berserah jika Allah mahu mengambil nyawa anaknya.

Berasa sebak dengan perkongsian pak cik tersebut, lalu beliau pun membuat keputusan menghantar pak cik itu ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan juga memberikan sedikit wang untuk perbelanjaan pulang pak cik itu. Malah, beliau turut mendoakan pak cik tersebut dilindungi dan dimurahkan rezeki.

Video tersebut turut meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa simpati terhadap pak cik itu serta mahu menghulurkan bantuan. Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih lebih sejuta tontonan dan lebih seribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Pacak Khemah Dan Lepak Di ‘Parking Lot’, Trend Terbaru Di Genting Highlands Ini Buat Netizen Berang

Dibuang Dari Syarikat, Usahawan Ini Kecewa Dikhianati Suami Sendiri

Terpaksa Patah Balik Selepas Tertinggal Mak Di R&R, Reaksi Keluarga Ini Bikin Netizen Terhibur