Pernah atau tidak anda terpaksa menunggu lama di lampu isyarat dan tertanya-tanya kenapa giliran anda tidak kunjung tiba? Sebenarnya, giliran anda telah dilangkau oleh lampu isyarat tersebut.

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana perkara tersebut boleh berlaku dan inginkan penjelasan akan situasi tersebut. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @thegxmer20 atau nama sebenar Afiq seorang juruteknik lampu isyarat telah membuat penjelasan di Twitternya. Ayuh ikuti penjelasannya!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, lampu isyarat bertindak mengesan kehadiran kenderaan melalui alat pengesan iaitu loop sensor. Pengesan ini akan mengesan kewujudan kenderaan dan menghantar isyarat kepada lampu isyarat untuk bertukar warna.

Jika loop sensor ini rosak, lampu isyarat apabila bertukar warna hijau hanya selama 10 saat sahaja. Malah, alat pengesan tersebut terbina daripada kabel yang diletakkan di bawah turapan tar.

Untuk pengetahuan anda, alat pengesan pada lampu isyarat ini berfungsi untuk melangkau (skip) giliran atau memendekkan masa jalan yang tiada kenderaan. Sebenarnya loop sensor ini bukannya kesan kenderaan melalui berat tetapi kesan melalui gelombang yang dihasilkan .

Tambahnya lagi, jika lampu kuning berkelip ia menandakan bahawa berlakunya kerosakan pada lampu isyarat. Oleh itu, orang ramai perlu melaporkan kerosakan tersebut kepada pihak berwajib untuk memperbaikinya agar kemalangan dapat dielakkan.

Adakah penjelasan ini menjawab persoalan anda? Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Sementara itu, bagi membantu industri pelancongan negara, kami kongsikan beberapa artikel destinati percutian yang anda boleh kunjungi pada pautan di bawah ini. Sama-sama kita bantu sesama kita!

5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

Daripada Komik Jadi Realiti, Rumah ‘Kampung Boy’ Di Perak Bakal Dibuka Hujung Tahun Ini

Keindahan ‘Sunset’ Di Pulau Jerejak Ini Destinasi Terbaik Buat Mereka Yang Mahukan Ketenangan