Sejak bermulanya siri kawalan perintah kawalan pergerakan pada Mac lalu, bercucuk tanam ataupun berkebun menjadi salah satu aktiviti pilihan masyarakat kita.

Dek kerana terlalu ramai yang mencuba aktiviti ini, beberapa jenis pokok dan tanaman juga telah menjadi tular sehingga ada yang dilaporkan mengalami kenaikan harga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara tumbuhan yang paling mencuri tumpuan sepanjang tempoh ‘berkebun’ oleh rakyat Malaysia sudah pastinya pokok lidah jin atau nama saintifik Sansevieria.

lidah jin

Tular kerana dikatakan mempunyai pelbagai kebaikan dan bentuknya yang menarik untuk dijadikan hiasan, pokok tersebut dikatakan turut mengalami sedikit kenaikan harga.

Walaupun tidak dapat dipastikan berapkah kenaikan harga yang dimaksudkan itu, namun ianya setidak-tidaknya cukup buat lelaki ini untuk mencuri beberapa pokok ini kerana harganya yang dikatakan meningkat naik.

Tertipu dan tertangkap

Terpedaya dengan harga yang tular dan dikatakan boleh mencecah sehingga RM200 sepokok itu, seorang lelaki daripada Terengganu baru-baru ini bertindak mencuri lima pokok tersebut dari sebuah taska di Terengganu.

Dalam laporan yang diterbitkan Harian Metro, lelaki tersebut difahamkan menyangka pokok tersebut bernilai tinggi sekaligus membuat keputusan untuk mencuri pokok-pokok tersebut.

Bagaimanapun, tindakannya mencuri tumbuhan ‘berharga’ itu akhirnya tertangkap selepas kelibatnya disedari salah seorang pengajar di pusat asuhan kanak-kanak itu pada 24 Jun lalu.

“Wanita terbabit kemudian mengajak rakannya untuk membuat pemeriksaan dan suspek memaklumkan singgah di kawasan berkenaan untuk mencuci tangan sebelum beredar.

“Hasil pemeriksaan mendapati lima pokok lidah jin yang ditanam dalam pasu hilang dan berada dalam bakul motosikal ditunggang suspek yang ketika itu melarikan diri.

“Susulan laporan dibuat, suspek berusia 37 tahun ditahan di rumahnya di daerah ini kira-kira 5.30 pagi tadi,” kata sumber yang dipetik Harian Metro.

Dek kerana mencuri selepas terpedaya dengan harga pokok tersebut, suspek yang juga merupakan seorang penganggur kini direman tiga hari sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Walaupun trending dan menjadi pilihan untuk dijadikan hiasan, tahukah anda pokok lidah jin ini sebenarnya mempunyai kesannya yang tersendiri jika diletakkan di dalam rumah? Baca perkongsian kami di pautan di bawah untuk mengetahui mengenainya. 

Pokok Lidah Jin Dalam Rumah Jadi ‘Trend’, Ia Didakwa Berbahaya Untuk Kesihatan?

5 Perkara Ini Akan Berlaku Apabila Anda Beri Anak Berkebun

9 Tanaman Ini Boleh Ditanam Semula Di Rumah Dan Menjimatkan Belanja Dapur

Sumber