Walaupun terpaksa membelanjakan RM89,983 dan menelan masa sehingga 10 bulan, namun itu tidak menghalang lelaki berusia 23 tahun ini dalam menghasilkan kenderaan Batmobil miliknya sendiri.

Lelaki tersebut yang juga merupakan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Vietnam baru-baru ini tular di media sosial selepas beberapa laporan media melaporkan beliau berjaya menghasilkan kereta seperti yang digunakan adiwira Batman itu.

Menurut MalayMail, lelaki tersebut Ngyen Dac Chung memutuskan untuk membina kereta berperisai itu selepas menonton filem Batman The Dark Knight yang diarahkan Christopher Nolan pada 2008.

“Saya sangat mengagumi kereta (Batmobil) yang membuat kemunculan dalam filem itu.

“Saya terpaksa menghasilkan bahagian 3D kereta tersebut dan menghasilkan bahagian berlainan untuk membentuk frame dan line elektrik, serta memasang tayar dan kemasan ke atas kereta tersebut,” katanya seperti dipetik Vice.

Bagaimanapun, selepas 10 bulan, beliau mungkin boleh berpuas hati apabila kereta berkapasiti enjin 400cc itu mampu untuk berfungsi dengan sepenuhnya dan mampu memuatkan dua penumpang pada satu-satu masa.

Malah jentera tersebut dengan kepanjangan 3.6 meter dan berkelabaran 2.6 meter itu uga difahamkan mampu untuk bergerak dengan kelajuan maksimum 100 km per jam.

Tonton juga ulasan penuh kereta ikonik yang dipandu Suki dalam filem 2 Fast 2 Furious yang kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah.

Tonton Ulasan Penuh Honda S2000 Yang Dipandu Suki Dalam Filem 2 Fast 2 Furious

Bengang Sering Disaman, Lelaki Ini Turun Ke Bangi Menjejak ‘Kembar’ Keretanya

‘Siap Sedia Untuk Terpesona’ – Proton Kongsi Gambar Rasmi Model X50 Buat Rakyat Malaysia Teruja

Sumber