Kita sering sahaja mendengar perbincangan dan perdebatan bagaimana filem boleh mempengaruhi perangai penonton- terutama sekali apabila melibatkan filem seram dan kanak-kanak.

Disebabkan itu juga, filem-filem berunsur seram dan ganas ini kebiasaannya tidak dibenarkan untuk ditonton oleh kanak-kanak di bawah umur.

Bagaimanapun di Indonesia lain pula yang terjadi apabila seorang gadis terpengaruh dengan filem seram Chucky dan Slender Man sebelum meniru aksi ganas yang ditunjukkan dalam filem tersebut.

nota3

Dalam kejadian yang berlaku di Jakarta itu, CNN Indonesia melaporkan suspek berusia 15 tahun itu membunuh rakan sepermainannya yang berusia 5 tahun.

Suspek dan mangsa dilaporkan sering bermain bersama sebelum ini memandangkan kedua-dua ibu mereka berniaga makanan bersama.

photo_2020-03-12_11-34-27

Walaupun masih tidak mengetahui motif sebenar pembunuhan, pihak polis Jakarta mendedahkan gadis itu membunuh rakannya selepas dikatakan kerana ‘hasrat yang muncul seketika’.

“Berdasarkan pengakuannya, dia suka menonton filem seram dan salah satunya Chucky,” kata polis Metro Jaya, Yusri Yunus.

Film and Television
Variety.com

Tambah pihak polis, suspek memberitahu itu bukanlah niat membunuh yang pertama kali pernah dirasakan oleh suspek.

“Dia pernah bermain dengan haiwan dan melayan mereka dengan kasar. Pernah sekali dia menikam katak menggunakan garfu.

“Dia juga mempunyai kucing kesayangan dan jika dia berasa sedih dan tidak berpuas hati, dia akan mencampakkan kucing itu dari tingkat dua,” kata

Selain itu, polis turut menemui beberapa lukisan yang dilaporkan banyak berkisarkan mengenai kesedihan seperti gambar perempuan yang diikat beserta kata-kata yang membayangkan masalah tekanan perasaan.

nota nota2

Disebabkan kecelaruan yang dialami suspek, pihak polis juga melaporkan akan menjalankan ujian psikologi bagi menentukan keadaan kesihatannya yang sebenar sebelum mengambil tindakan.

Apa pula pandangan mengenai perkara ini? Adakah benar keganasan yang dipaparkan dalam filem mampu untuk mempengaruhi penontonnya?

Jika anda pernah menonton filem Hitman sebelum ini, perkongsian kami sebelum ini mengenai seorang pemilik restoran di Singapura yang mengupah pembunuh upahan untuk menghapuskan saingannya pasti menarik perhatian anda.

Pemilik Restoran Zam Zam Didapati Bersalah Upah ‘Pembunuh Upahan’ Untuk Jatuhkan Pesaing

Ahli Parlimen Iran Tawarkan RM12 Juta Kepada Sesiapa Yang Berjaya Membunuh Donald Trump

HBO Sedia Untuk Hasilkan Semula Filem ‘Parasite’ Versi Drama Siri Hollywood