Siap sangka, gara-gara mahu duit pelaburan terus berkembang akhirnya menjadi lebur setelah terpengaruh untuk menyertai skim pelaburan Bitcoin yang palsu. Itulah yang terjadi kepada seorang pemuda bernama Dino Amir yang terpaksa menanggung kerugian lebih RM1.3 juta.

Menurutnya, beliau mula mengetahui mengenai pelaburan ini melalui kenalannya pada Mei 2016 dimana pelaburan ini menjanjikan keuntungan satu peratus setiap hari daripada jumlah pelaburan Bitcoin.

Screen Shot 2020-02-04 at 12.15.03 PM

Sumber: Harian Metro

Beliau kemudiannya tertarik untuk menyertainya setelah menerima keuntungan awal serta mengajak orang ramai untuk turut serta sehingga mengumpul 60 pelabur setelah didapati terdapat kemasukan wang pada akaunnya. Difahamkan pelaburan daripada 60 pelabur ini berjumlah RM558,000 manakala RM800,000 lagi adalah daripada beliau sendiri.

Walau bagaimanapun, semuanya berubah apabila beliau menyedari beliau bersama rakan ‘pelabur’ yang lain ditipu selepas akaun Bitcoin berkenaan tidak lagi dapat diakses selepas beberapa bulan menerima keuntungan.

Berdasarkan insiden yang berlaku, Dino Amir bersama 60 pelabur lain yang turut sama melabur bagi 200 Bitcoin melibatkan RM1.3 juta ini telah melakukan repot polis di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang selepas gagal menerima keuntungan yang dijanjikan.

Situasi menjadi lebih sukar setelah dilaporkan beliau turut menjual kereta dan rumahnya bagi menanggung kerugian.

Sekitar Ogos lalu, TNB dilaporkan rugi RM3.2 juta berikutan aktiviti melombong Bitcoin secara haram di Kuantan.

TNB Rugi RM3.2 Juta Berikutan Aktiviti Bitcoin Secara ‘Haram’ Di Kuantan

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Diculik Dan Dipukul Separuh Mati Oleh Temannya Sendiri Gara-Gara Bitcoin

Anda Mungkin Suka