Pada minggu lalu pengguna perkhidmatan KTMB berkongsi sebab-sebab mengapa mereka enggan menaiki kereta api walaupun pada ketika ini trafik lalu-lintas mengalami kesesakan luar biasa.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Pengguna tampil menyatakan sebab-sebab tersebut selepas Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Rani Hisham Samsudin mendakwa rangkaian tren komuter KTMB yang sehingga kini kapasiti setiap tren yang beroperasi tidak penuh disebabkan pengguna enggan menggunakan pengangkutan awam itu.

Bagaimanapun, pada hari semalam, pengguna KTMB meluahkan rasa tidak puas hati di platform Twitter apabila perkhidmatan kereta api tergendala sehingga hampir dua jam. Kejadian itu berlaku di Bangi sebelum stesen UKM.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menurut salah satu pengguna terjejas, orang ramai berasa ‘lemas’ dalam tempoh mereka terperangkap lama di dalam kereta api, ini kerana pintu dan tingkap tertutup.

Hantaran ciapan itu telah menarik perhatian pengguna lain yang berasa hampa dengan perkhidmatan KTMB yang tidak memberi keselesaan dan ketepatan waktu kepada pengguna.

Dalam kejadian semalam juga, ada pengguna dari Seremban terpaksa membayar caj tambahan (kad KTM) kerana ‘berada’ di dalam tren KTMB melebihi 5 jam.

Pada masa sama, terdapat pengguna tidak boleh membuat refund tiket ETS selepas tersangkut di stesen UKM kira-kira lebih 1 jam.

Hal itu membuat netizen mempersoalkan mengapa pengguna perlu membayar caj tambahan dan tidak boleh membuat refund walaupun tren KTMB yang bermasalah.

Warganet meminta agar pihak pengurusan KTMB dapat menambah baik mutu servis pada masa akan datang agar setiap pengguna dapat merasai perkhidmatan ‘kelas pertama’ pengangkutan awam yang sudah lama beroperasi di negara ini sejak 1885.

Baca pelbagai sebab yang diberikan pengguna mengapa mereka berasa berat hati untuk menaiki tren KTM.

Tidak Setuju Dengan Kenyataan CEO, Pengguna Kongsi Sebab Mengapa Mereka ‘Malas’ Naik KTM

5 Faktor Yang Perlu Diambil Berat Untuk Tingkatkan Mutu Pengangkutan Awam Di Malaysia

MB Johor Naik Bas Menyamar Jadi Orang Biasa, Mahu Nilai Sendiri Pengangkutan Awam