Diterima masuk ke institusi pengajian tinggi terkenal dunia seperti Kolej Harvard bukanlah satu pencapaian yang mudah- di mana untuk pengambilan kali ini sahaja mereka menerima lebih 40,000 permohonan dan daripada jumlah tersebut hanya seramai 1,980 sahaja yang diterima masuk.

Namun, apa yang membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia tahun ini adalah apabila dua pelajar tempatan kita,  Mohamed Aqil Azmi dan Zad Chin Qi Qi berjaya menempatkan diri dalam kalangan pelajar yang bakal ke Kolej Harvard, sekolah sarjana bagi Universiti Harvard.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keputusan terpilih untuk menyertai institusi pendidikan tersohor dunia itu juga menjadikan mereka sebagai rakyat Malaysia yang terbaru diterima masuk selepas kali terakhir ia berlaku pada tahun 2017.

Menurut satu kenyataan yang dikongsikan di Twitter pada semalam, Zad Chin, 20, dari Ipoh, Perak, merancang untuk mengambil jurusan Sains Komputer dan Pengajian Sosial manakala Mohamed Aqil, 20, dari Shah Alam, Selangor dikatakan bakal memilih jurusan Matematik dan Falsafah.

Tambah mengujakan, kedua-dua mereka adalah merupakan produk sistem pendidikan kebangsaan dengan Aqil pernah bersekolah di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam dan Chin pula di  Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ave Maria Convent, Ipoh.

Menurut laporan portal Says, mereka juga difahamkan akan menerima juga akan menerima tajaan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Yayasan Khazanah bagi menyambung pelajaran mereka nanti.

Diharapkan kisah kejayaan dua anak muda tempatan ini yang bermula dengan sistem pendidikan kebangsaan akan memberikan inspirasi buat generasi muda di negara kita untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Terpilih daripada lebih 40,000 permohonan sudah pastinya bukanlah pencapaian yang calang-calang kerana jika dilihat daripada sudut peratusannya, kadar mereka yang berjaya diterima masuk ke institusi pengajian tersebut hanyalah pada 4.9 peratus.

Rakyat Malaysia tidak pernah sunyi dari pencapaian hebat anak mudanya. Baca kisah wanita ini yang pernah bekerjasama dengan Nasa seperti dikongsikan sebelum ini di pautan di bawah. 

Tular Perkongsian Bekerja Di NASA, Dr Amani Tampil Beri Penjelasan Sebenar

Pelajar Sarawak Terpilih Antara Pemenang Rekaan Logo Anjuran NASA