Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi?

Mungkin itulah ungkapan yang sesuai diungkapkan selepas mengetahui salah seorang pemuda yang diumumkan sebagai Felo Perdana di Menteri Kewangan rupa-rupanya merupakan anak kepada Ketua Pengarah Kesihatan kita Dr Noor Hisham.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Warga belia adalah antara tunjang kepada pembangunan Negara. Merekalah yang akan membimbing generasi akan datang dalam…

Posted by Tengku Zafrul on Thursday, 9 July 2020

Posted by Tengku Zafrul on Thursday, 9 July 2020

Pengumuman Felo Perdana di Kementerian Kewangan oleh menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini di media sosial mencuri perhatian netizen apabila salah seorang pesertanya memiliki nama Noor Hisham di belakang.

Program Felo Perdana adalah platform yang memberi peluang kepada graduan untuk menimba pengalaman bersama menteri kabinet di kementerian mereka.

c1 c2

Seperti yang dijangkakan, pemilik nama Muhammad Khair bin Noor Hisham itu sememangnya merupakan anak lelaki kepada ketua pengarah kesihatan kita, seperti dilaporkan di portal Malay Mail.

Perkara itu difahamkan disahkan sendiri oleh Dr Noor Hisham melalui ciapan balasnya kepada salah satu pertanyaan mengenai perkara itu di Twitter.

Bukan saja mengesahkan perkara itu, malah beliau juga turut berkongsikan bagaimana anaknya itu juga mahir berpantun dan pernah memenangi pertandingan pantun di Singapura sebelum ini.

Pengesahan oleh Dr Noor Hisham itu sekaligus menjawab persoalan netizen sebelum ini yang teruja untuk mengetahui sama ada benar atau tidak pemuda yang dipilih tersebut merupakan anak kepada individu hebat yang berjaya memimpin sektor kesihatan kita dalam menentang COVID-19 ketika ini.

Bukan sahaja mencuri tumpuan ramai kerana merupakan anak kepada Dr Noor Hisham, malah pengumuman itu turut menyaksikan hantaran yang dibuat menteri kewangan itu dibanjiri ucapan tahniah buat anak DG Noor Hisham itu dengan mencatatkan lebih ratusan komen dan share di Facebook.

Kehebatan Datuk Dr Noor Hisham dalam membanteras penularan wabak COVID-19 di negara kita sememangnya diakui bukan saja dalam negara malah turut diiktiraf negara luar sebelum ini. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Dipilih 3 Terbaik Dunia Kendalikan COVID-19, Dr Noor Hisham ‘Kini Trending’ Di Twitter

Artis Tempatan Ini ‘Lukis’ Potret Dr. Noor Hisham Menggunakan Lebih 4,000 Skru

Anda Mungkin Suka