Mula ditayangkan pada tahun 2004, filem ‘White Chicks’ masih lagi menjadi filem komedi terbaik pilihan orang ramai. Menggabungkan dua individu yang penuh dengan humor iaitu Marlon Wayans dan Shawn Wayans berjaya membuatkan filem ini menjadi ikonik.

Terbaru, selepas 15 tahun orang ramai mengharapkan sekuel terbaru daripada filem ini, Terry Crews pada minggu ini mengesahkan filem White Chicks 2 bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi. Tambah Terry Crews, filem ini bakal turut menampilkan sejumlah besar pelakon utama filem ini. Berikut merupakan babak ikonik dalam filem ini lakonan Terry Crews.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini filem sekuel komedi ini masih lagi di peringkat awal dimana tarikh tayangan masih belum disahkan setakat ini. Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menantikan telatah Brittany dan Tiffany Wilson dalam White Chicks 2.