Mulai diperkenalkan Petronas pada tahun 2018 dalam memudahkan pengguna untuk membuat bayaran pembelian minyak secara dalam talian, nampaknya aplikasi Setel semakin mendapat perhatian pengguna menerusi fungsi-fungsi tambahan yang tersedia.

Dalam pada itu, aplikasi Setel berjaya menjadi buah mulut netizen menerusi perkongsian Twitter @IniAlannn selepas berjaya menjadi ‘penyelamat’ buat seorang individu yang tersangkut dalam bilik air selepas mendapati stesen minyak tersebut tidak mempunyai bekalan air.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kemas kini 6 Ogos 2021: Perkongsian asal telah dibuat oleh saudara Farhan di Facebook.

Sering disangka ramai aplikasi berkenaan sekadar mampu digunakan untuk membuat pembelian minyak, siapa sangka aplikasi tersebut turut mempunyai servis khidmat pelanggan yang responsif.

https://twitter.com/IniAlannn/status/1423192762833281025

Difahamkan situasi ini berlaku di Petronas Silk Highway Arah Puchong di mana pengguna aplikasi Setel ini telah memaklumkan kepada bahagian khidmat pelanggan untuk memberinya air botol 1.5 liter dan dihantarkan kepada beliau.

Gaya selamba beliau yang turut memaklumkan untuk segera menghantarkan air kerana sudah mengalami lenguh pada bahagian kaki telah membuatkan netizen terhibur. Berikut merupakan respon netizen mengenai situasi yang berlaku.

https://twitter.com/intantomek94/status/1423494457945518080

Meskipun situasi ini berjaya menjadi bahan tawa buat orang ramai, isu ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai ramai sedar dengan fungsi yang tersedia pada aplikasi yang eksklusif buat pengguna stesen minyak Petronas ini.

Sekiranya anda mengalami isu yang sama, mungkin cara ini antara yang boleh dilakukan di stesen minyak Petronas. Anda boleh dapatkan dan mendaftar aplikasi Setel dengan klik di sini.

Tular pada minggu ini apabila lelaki ‘dikecewakan’ pekerja servis kurier apabila membeli baju bernilai RM1,500 namun sekadar menerima jagung buruk.

Beli Baju RM1,500 ‘Dapat’ Jagung Buruk, Lelaki Ini Luah Kekecewaan Terhadap Pekerja Servis Kurier

‘Where Is Malaysia?’- Warga Israel Ini ‘Perli’ Kedudukan Malaysia Dalam Sukan Olimpik 2020