Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, pastinya orang ramai khususnya umat Islam bersemangat dalam mendapatkan pakaian beserta kelengkapan bagi menyambut perayaan. Malah, sudah menjadi kebiasaan di mana pasar raya akan dipenuhi dengan pengunjung apabila tiba musim perayaan.

Dalam pada itu, lain jadinya apabila pengunjung IOI City Mall Putrajaya difahamkan tersangkut pada parkir bawah tanah pasar raya berkenaan selama hampir 2 jam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian TikTok @chikkfaa_, beliau turut mengongsikan gelagat orang ramai yang berang di mana bunyi hon telah dibunyikan bertalu-talu selepas didapati tiada pergerakan keluar kenderaan di parkir berkenaan.

@chikkfaa_

Semua pakat hon tapi masih belum gerak #fyp #putrajaya

♬ original sound – Chikkfaa_ – Chikkfaa|BEAUTY&HIJAB.CO

Isu yang berlaku turut mendesak para pengunjung yang parkir di pasar raya berkenaan terpaksa menanti dalam tempoh yang panjang sebelum dapat keluar. Berdasarkan perkongsian, palang keluar parkir berkenaan yang bermasalah antara yang menjadi punca utama sejumlah besar kereta di parkir berkenaan tersangkut.

@chikkfaa_

Reply to @yanijohari sangkut jem dijalanraya ❌ sangkut jem paking bawah tanah✅

♬ Lagu Viral Bila Hari Raya Menjelma – CEO OF RANDOM ✨

Video yang berjaya meraih hampir 1 juta tontonan ini turut mendapat perhatian para netizen yang memaklumkan kes palang ini turut berlaku di beberapa pasar raya yang lain menjelang musim perayaan ini.

Tidak kurang juga yang memaklumkan sistem pengesanan nombor plet sedikit menyusahkan berikutan kegagalan mengesan nombor plet kereta pemandu.

Sumber: TikTok @chikkfaa_
Sumber: TikTok @chikkfaa_

Melihat kepada kes yang berlaku, orang ramai yang mahu mendapatkan pakaian dan kelengkapan untuk perayaan dinasihatkan untuk merancang perjalanan terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko melibatkan situasi tidak diingini berlaku.

Tular pada hari ini apabila sebuah Perodua Ativa menjadi mangsa ‘sebat’ kakak RELA berikutan langgar lampu isyarat merah di hadapan sekolah.

Langgar Lampu Isyarat Merah Depan Sekolah, Ativa Kena ‘Sebat’ Dengan Kakak RELA

Pekerja Tular Video Pelanggan Makan Ketika Ramadan, Ini Kenyataan Rasmi Daripada Burger King