Aidilfitri akan disambut oleh umat Islam pada hari esok tetapi tahun ini rakyat Malaysia terpaksa sekali kali berkorban menjalani norma baharu untuk beraya. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tidak membenarkan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman dan juga ziarah menziarahi.

Terbaharu, Hausboom telah hadir dengan iklan raya sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Menerusi video tersebut, dapat dilihat pelbagai babak yang pernah tular sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, dapat dilihat bagaimana watak Hadi yang berusaha mahu pulang ke kampung halaman untuk berjumpa keluarga tercinta. Video tersebut menjadi buah mulut netizen kerana cukup menghiburkan.

photo_2021-05-12_14-22-55

photo_2021-05-12_14-23-03

Malah, para netizen turut mengatakan video tersebut seperti memperli beberapa individu yang menyalahgunakan kebenaran merentas negeri sebelum ini. Mesej yang disampaikan dalam iklan raya ini turut ‘makan dalam’ dan dapat difahami ramai orang. Jom, tonton dahulu iklan raya daripada Hausboom ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan iklan raya tahun 2021 pada pautan di bawah ini.

5 Iklan Raya Mesti Tonton 2021

‘Ini Iklan Raya, Tau?!’ – Lucu Dan Kreatif, Iklan Ini Raikan Wanita Menjelang Hari Raya Nanti