Jika sebelum ini, iklan menjual rumah antara yang banyak diiklankan, pandemik COVID-19 yang melanda turut menyaksikan hotel-hotel besar serta resort turut diiklankan dalam mencari pembeli terbaharu.

Dalam pada itu, tular baru-baru ini di media sosial apabila salah satu daripada 10 bangunan tertinggi Malaysia iaitu Menara TM diumumkan sedia dijual secara rasmi kepada umum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Facebook Gags Malaysia

Menerusi gambar daripada keratan akhbar, Menara TM dilaporkan mempunyai 55 tingkat beserta helipad. Dari segi keluasan, bangunan ini dilengkapi dengan 989,000 kaki persegi untuk ruangan pejabat dan 92,431 kaki persegi bagi ruangan serba guna melibatkan masjid, klinik, kompleks sukan dan sebagainya.

Menara ini mampu menempatkan 1,700 kereta dan mempunyai lokasi yang strategik di Kuala Lumpur. Menara TM ini dilaporkan bakal melalui penjualan peringkat pertama seawal 18 Mac ini. Dalam pada itu, harga jangkaan bagi menara ikonik ini tidak didedahkan kepada umum menerusi iklan berkenaan.

Berdasarkan sumber daripada Bernama, pihak Telekom Malaysia Bhd (TM) memaklumkan pihak mereka sedar menyewa sahaja sebelum ini di bangunan tersebut serta tidak terbabit dengan penjualan bangunan berkenaan.

Untuk pengetahuan, menara yang dirasmikan pada tahun 2003 oleh Tun Dr Mahathir ini menelan belanja sekitar $160 juta (~RM 669.6 juta). Harga terkini bagi menara berusia hampir dua dekad ini dijangka lebih tinggi menerusi nilai hartanah semasa.

Tular pada minggu ini apabila presiden PRESMA memaklumkan restoran mamak mungkin tidak lagi beroperasi 24 jam sehari berikutan cabaran yang dilalui sepanjang pandemik COVID-19.

Restoran Mamak 24 Jam Mungkin Tinggal Kenangan, Lebih 2,000 Premis Dilaporkan Tutup

‘Sifu Trading’ Kantoi Guna Jet Peribadi Mewah Milik Orang Lain Untuk Promosi Bisnes